Privasi Peribadi

Notis Perlindungan Data Peribadi

Please click here for English version

Notis Perlindungan Data Peribadi ini (“Notis”) menerangkan bagaimana Boustead Petroleum Marketing Sdn. Bhd. (“BHPetrol”) menggunakan Data Peribadi anda.

Sekiranya berlaku sebarang percanggahan antara versi bahasa Inggeris dengan bahasa lain, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai. BHPetrol mempunyai hak untuk mengubahsuai, mengemaskini atau meminda terma Notis ini pada bila-bila masa dengan meletakkan Notis yang telah dikemaskini pada laman web BHPetrol di pautan berikut: http://www.bhpetrol.com.my (“Laman Web”). Dengan terus berkomunikasi dengan BHPetrol atau dengan terus menggunakan perkhidmatan BHPetrol atau membuat pembelian produk BHPetrol berikutan pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan kepada Notis ini, tindakan tersebut akan mengesahkan penerimaan anda kepada pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan tersebut.

Pengumpulan Data Peribadi

  1. Data Peribadi” bermaksud maklumat mengenai anda, dari mana anda boleh dikenal pasti, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor kad pengenalan, nombor passport, nombor telefon, nombor faks, alamat, alamat e-mel, tarikh lahir, bangsa, jantina, status perkahwinan, butir-butir syarikat anda dan jawatan anda dalam syarikat anda, maklumat kewangan, maklumat kad kredit, nombor ecard, maklumat akaun kad ‘fuel/fleet‘, apa-apa maklumat mengenai anda yang anda berikan kepada BHPetrol berikutan apa-apa tugasan dan komunikasi di antara anda dan BHPetrol dan/atau apa-apa maklumat mengenai anda yang secara langsung atau tidak langsung telah atau mungkin dikumpul, disimpan, digunakan dan diproses oleh BHPetrol dari semasa ke semasa.
  1. Selain Data Peribadi yang anda berikan kepada BHPetrol secara langsung, BHPetrol juga mungkin mengumpul Data Peribadi anda daripada pelbagai sumber, termasuk daripada borang permohonan, borang pendaftaran, borang peraduan dan/atau borang yang serupa bentuk, agensi pelaporan kredit, carian syarikat, dokumen korporat yang mungkin mengandungi maklumat peribadi anda, apabila anda berinteraksi dan berkomunikasi dengan BHPetrol di acara atau sebaliknya atau apabila anda membuat pertanyaan.

Tujuan Pemprosesan

  1. Pemberian Data Peribadi anda adalah wajib bagi Tujuan yang dinyatakan dalam Seksyen 4 di bawah. Jika anda tidak memberikan Maklumat Peribadi anda, kami tidak akan dapat menyediakan produk atau perkhidmatan tertentu.
  1. BHPetrol juga mungkin menggunakan dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan yang berkaitan dengan perniagaan dan aktiviti-aktiviti BHPetrol yang termasuk, tanpa had, tujuan berikut (“Tujuan“): –

    Untuk kemudahan perdagangan dengan BHPetrol:-

    • untuk tujuan memasuki ke dalam kontrak dengan BHPetrol atau bagi anda yang ingin memasuki ke dalam kontrak dengan BHPetrol;
    • untuk memproses permohonan anda untuk akaun kredit atau akaun wang tunai;
    • untuk memudahkan atau membolehkan mana-mana penilaian kredit dan penyemakan risiko kredit sebagaimana yang dijalankan oleh BHPetrol dari semasa ke semasa;
    • untuk memudahkan penguatkuasaan kewajipan kontrak anda dengan kami, antara lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa kemungkiran dalam pembayaran apa-apa wang yang terhutang yang belum dijelas kepada BHPetrol dan / atau untuk memastikan anda mengekalkan kedudukan kredit atau penarafan yang baik dengan BHPetrol;
    • untuk mematuhi undang-undang terpakai dan untuk membantu dengan mana-mana agensi kerajaan atau biro atau badan-badan termasuk bagi tujuan penyiasatan polis atau kawal selia;
    • untuk mendaftarkan anda atau syarikat anda sebagai rakan kongsi perniagaan BHPetrol;
    • untuk membantu anda untuk mematuhi undang-undang terpakai, termasuk bantuan dalam mendapatkan lesen-lesen dan kelulusan kerajaan yang berkaitan;
    • untuk memproses apa-apa insentif yang diberikan kepada anda, seperti percutian, di bawah program insentif yang dikendalikan oleh BHPetrol;
    • untuk menghubungi anda atau syarikat anda;

    Untuk keahlian ecard BHPetrol:-

    • untuk memproses langganan atau permohonan bagi pendaftaran keahlian anda;
    • untuk memproses penggantian kad yang hilang atau permintaan anda bagi penebusan atau kad tambahan;
    • untuk menyediakan anda dengan produk yang anda pesan atau produk dan perkhidmatan lain yang diminta oleh anda serta sokongan perkhidmatan;

    Untuk penyertaan dalam aktiviti-aktiviti:-

    • untuk memproses penyertaan anda dalam mana-mana aktiviti, acara atau peraduan yang dianjurkan oleh BHPetrol;
    • untuk menghubungi anda jika anda diisytiharkan pemenang, yang mungkin termasuk penerbitan Data Peribadi anda seperti nama dan nombor kad pengenalan di akhbar-akhbar untuk pengumuman pemenang;
    • bagi penyiaran testimoni anda berhubung dengan aktiviti-aktiviti , acara atau peraduan yang dilaksanakan oleh BHPetrol;

    Am:-

    • untuk berkomunikasi dengan anda bagi tujuan yang disenaraikan dalam Notis ini melalui cara perkhidmatan mesej pesanan ringkas (SMS), telefon, mel dan/atau e-mel dan untuk menjawab sebarang pertanyaan, komen dan maklum balas daripada anda;
    • untuk operasi dalaman dan tujuan pentadbiran;
    • untuk BHPetrol mematuhi kewajipan di bawah undang-undang;

    dan anda bersetuju kepada BHPetrol menggunakan dan memproses Data Peribadi anda mengikut cara yang dikenal pasti di dalam Notis ini.

Tujuan pemasaran dan promosi

  1. BHPetrol juga mungkin mengguna dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan pemasaran dan pengiklanan seperti penghantaran komunikasi mengenai manfaat, promosi, produk dan perkhidmatan yang ditwarkan atau mungkin ditawarkan oleh BHPetrol atau rakan kongsinya (“Tujuan Pemasaran“).

    Jika anda tidak bersetuju kepada BHPetrol memproses Data Peribadi untuk Tujuan Pemasaran, sila maklumkan BHPetrol dengan menggunakan maklumat hubungan di bawah.

Pendedahan kepada Pihak Ketiga

Data Peribadi anda juga mungkin akan dikongsi bersama berkaitan dengan urus niaga korporat, seperti penjualan bahagian, penggabungan, penyatuan, atau jualan aset, atau penggulungan yang tidak dijangka

  1. Data Peribadi anda mungkin dipindahkan, diakses atau didedahkan kepada pihak ketiga untuk Tujuan atau Tujuan Pemasaran. Selanjutnya, BHPetrol mungkin melantik syarikat-syarikat, pembekal perkhidmatan atau individu lain untuk melakukan fungsi-fungsi bagi pihak BHPetrol, dan seterusnya mungkin memberikan akses atau mendedahkan Data Peribadi anda kepada pembekal perkhidmatan atau pihak ketiga tersebut. Pihak-pihak ketiga yang disebut dalam Seksyen ini termasuk (tanpa had): –
    • Pembekal perkhidmatan seperti kontraktor penyelenggaraan, pembekal perkhidmatan IT, pembekal perkhidmatan kad cetak timbul, pembekal kemasukan data dan pembekal perkhidmatan kurier;
    • Agensi pemasaran dan pengiklanan;
    • Penasihat professional kami, termasuk penasihat undang-undang, juruaudit, akauntan dan perunding;
    • Agensi-agensi kutipan hutang jika anda lalai pada tanggungjawab kredit anda; dan
    • Pihak berkuasa Kerajaan dan kawal selia untuk mematuhi keperluan undang-undang, peruntukan kawal selia dan kerajaan.

Akses & Permintaan Pembetulan dan Siasatan, Mengehadkan Pemprosesan Data Peribadi

  1. Tertakluk kepada apa-apa pengecualian di bawah undang-undang terpakai, anda boleh meminta akses kepada dan/atau meminta pembetulan Data Peribadi anda, permintaan untuk mengehadkan pemprosesan Data Peribadi untuk Tujuan Pemasaran dan/atau membuat sebarang pertanyaan mengenai Data Peribadi anda, melalui email kepada:
    orange@bhpetrol.com.my 
    (Untuk perhatian: Setiausaha Syarikat)
  1. Sila ambil perhatian bahawa akibat daripada anda menarik balik persetujuan anda untuk BHPetrol memproses Data Peribadi anda bagi Tujuan yang disenaraikan, BHPetrol mungkin tidak dapat mengadakan transaksi atau kontrak dengan anda dan tidak akan dapat menyediakan anda dengan produk atau perkhidmatan yang diingini oleh anda.
  1. Berkenaan dengan hak anda untuk mengakses dan/atau membetulkan Data Peribadi anda, BHPetrol berhak untuk menolak permintaan anda untuk mengakses dan/atau membuat sebarang pembetulan terhadap Data Peribadi anda untuk sebab-sebab yang dibenarkan di bawah undang-undang, seperti di mana pemberian akses kepada anda oleh BHPetrol menyebabkan risiko yang tidak seimbang terhadap privasi anda atau privasi orang lain. BHPetrol juga mempunyai hak untuk mengenakan bayaran untuk pengaksesan Data Peribadi anda mengikut jumlah bayaran yang dibenarkan di bawah undang-undang.

Pautan ke Laman Web Pihak Ketiga

  1. Laman Web mungkin mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga. Sila ambil perhatian bahawa BHPetrol tidak bertanggungjawab untuk pengumpulan, penggunaan, penyelenggaraan, perkongsian, atau pendedahan data dan maklumat oleh pihak ketiga sedemikian. Jika anda memberikan maklumat secara langsung kepada laman-laman tersebut, dasar privasi dan syarat-syarat perkhidmatan di laman berkaitan akan terpakai dan BHPetrol tidak bertanggungjawab untuk amalan pemprosesan maklumat atau dasar privasi laman-laman tersebut.

Maklumat Peribadi daripada Individu Bawah Umur

  1. BHPetrol tidak akan mengumpul Data Peribadi daripada individu di bawah umur 18 tahun secara sengaja. Sebagai ibu bapa atau penjaga yang sah, jangan benarkan individu bawah umur tersebut di bawah jagaan anda untuk memberi Data Peribadi kepada BHPetrol. Sekiranya Data Peribadi diberikan kepada BHPetrol, anda dengan ini bersetuju kepada pemprosesan Data Peribadi individu tersebut dan secara peribadi menerima dan bersetuju untuk terikat dengan Notis ini dan mengambil tanggungjawab untuk tindakan beliau.
  1. Dalam keadaan tertentu, anda mungkin telah memberikan data peribadi berkaitan dengan individu lain (seperti suami atau isteri anda, ahli keluarga atau rakan anda) dan dalam keadaan sedemikian anda mewakili dan menjamin bahawa anda diberi kuasa untuk menyediakan data peribadi mereka kepada BHPetrol dan anda telah mendapatkan persetujuan mereka untuk data peribadi mereka diproses dan digunakan dengan cara yang seperti yang dinyatakan dalam Notis ini.

Pengakuan dan Persetujuan

Anda mengesahkan bahawa anda telah membaca dan memahami Notis ini dan memberi persetujuan anda kepada pemprosesan Data Peribadi anda oleh BHPetrol seperti yang dinyatakan di atas. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan pemprosesan Data Peribadi anda seperti yang diterangkan dalam Notis ini, sila hubungi BHPetrol menggunakan butiran hubungan di atas.

Terima kasih

PENGURUSAN BHPETROL