Home
 
 
 
 
Home > Renewal  
 
Soalan-soalan yang kerap ditanya dalam pembaharuan ecard
 

1) S: Mengapa kita perlu memperbaharui ecard?
J: ecard yang sedia ada hanya sah untuk tempoh 5 tahun. Sebaik sahaja tempoh ecard tamat, ahli tidak akan dapat memperolehi epoint atau membuat sebarang pertukaran produk kerana sistem kami akan berhenti memproses kad yang telah tamat tempoh sahnya.

2) S: Berapa lamakah tempoh sah ecard?
J: 5 tahun.

3) S: Bagaimanakah saya boleh menyemak tarikh luput ecard?
J: Tarikh luput ecard tercetak di bahagian bawah, sebelah kanan kad (misalannya: kalau tarikh tercetak pada ecard ialah 06/11, ini bermakna tempoh ecard anda akan tamat pada 30 Jun 2011.)

4) S: Apakah yang harus saya lakukan untuk memperbaharui ecard?
J: Anda tidak perlu melakukan apa-apa. BHPetrol akan memperbaharui ecard anda secara automatik dan menghantar ke alamat perhubungan anda sebulan sebelum tarikh luput. Sekiranya alamat perhubungan anda telah bertukar atau berlainan daripada yang terkandung dalam borang permohonan, sila maklumkan kepada kami alamat perhubungan yang terbaru secepat mungkin, sama ada melalui emel ke ecard@bhpetrol.com.my, fakskan kepada 03-7841 6622 atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan di 1300-22-2828.

5) S: Adakah kad utama dan kad tambahan akan diperbaharui secara serentak?
J: Sekiranya kad utama dan kad tambahan anda mempunyai tarikh luput yang sama, kedua- dua kad akan diperbaharui dengan serentak. Jika tidak, hanya kad yang telah luput tempoh sahnya akan diperbaharui.

6) S: Perlukah saya menghantar sebarang borang permohonan untuk pembaharuan ecard?
J: Tidak, anda tidak perlu menghantar sebarang borang, permohonan untuk pembaharuan sekiranya tempoh sah ecard anda telah luput. Walaubagaimanapun, sekiranya anda telah bertukar alamat perhubungan, nombor telefon, alamat emel atau sebarang maklumat anda, sila maklumkan kepada kami secepat mungkin melalui saluran-saluran berikut supaya kami dapat memastikan penghantaran ecard yang tepat:-

i. Menghubungi Talian Khimat Pelangan di 1300-22-2828
ii. Emelkan kepada ecard@bhpetrol.com.my
iii. Fakskan maklumat terkini kepada 03-7841 6622

Apabila anda fakskan atau emelkan kepada kami, sila catatkan nombor kad ecard, nama, nombor kad pengenalan, alamat perhubungan dan nombor – nombor telefon anda.

7) S: Selepas pembaharuan kad, apa yang berlaku dengan baki epoint saya?
J: Baki epoint akan di pindahkan dari ecard yang lama kepada ecard yang baru secara automatik kerana nombor ecard yang di perbaharui akan tetap kekal dengan nombor yang sama. Tempoh sah epoint selama 2 tahun dari tarikh ianya diperoleh juga akan kekal tanpa perubahan. Sejurus menerima kad baru anda, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan secepat mungkin untuk aktifkan kad baru anda walaupun kad lama belum luput. Kad yang tidak diaktifkan tidak akan memperoleh/menebus mata ganjaran.

8) S: Bilakah saya akan menerima kad baru?
J: Kami akan poskan ecard baru ke alamat perhubungan anda sebulan sebelum tarikh ecard anda luput. Kami akan mengirim SMS sejurus kad baru dihantar kepada anda. Jika anda belum menerima kad baru 1 minggu sebelum kad lama luput sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di 1300-22-2828.

9) S: Apabila menerima ecard baru, apakah yang harus saya lakukan?
J: a. Bagi melindungi kepentingan anda dan mengelak penggunaan ecard tanpa kebenaran, sila tanda tangan pada panel tanda tangan di belakang ecard anda dengan serta-merta.
b. Kemudian sila hubungi Talian Bahagian Khidmat Pelanggan kami di 1300-22-2828 untuk mengaktifkan ecard anda.
c. Sebaik ecard baru telah diaktifkan, sila gunting kad lama kepada dua bahagian bagi mengelak penggunaan ecard tanpa kebenaran dan penyalahgunaan.

10) S: Bolehkah saya menggunakan ecard sedia ada dan ecard baru serentak?
J: Tidak. Sistem kami hanya memperakui satu kad pada satu masa. Sebelum pengaktifan ecard baru, system kami hanya memperakui ecard lama seandainya ia masih sah dalam tempoh. Sebaik ecard diaktifkan, system kami akan mengabaikan kad lama secara automatik.

11) S: Apakah yang harus saya lakukan sekiranya saya tidak menerima ecard baru tepat pada waktunya?
J: Sila hubungi Bahagian Khidmat Pelanggan di 1300-22-2828 untuk bantuan segera.

12) S: Bolehkah saya mendapatkan ecard rekabentuk baru sekiranya kad saya belum tamat tarikh luput untuk diperbaharui?
J: Tidak. Ahli hanya akan menerima ecard baru sekiranya ecard sedia ada telah tamat tarikh luput atau hilang. Kad lama masih sah untuk digunakan.

13. S: Bolehkah saya memperoleh epoints jika saya masih belum menerima kad baru manakala kad lama pula telah luput?
J: Sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan di 1300-22-2828 jika anda belum menerima kad baru seminggu sebelum kad lama luput. Untuk apa jua sebab, jika anda masih belum menerima kad baru selepas kad lama luput, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan di 1300-22-2828.

14. S: Bagaimana saya memperoleh epoints jika saya belum mengaktifkan kad baru?
J: Kad yang tidak aktif tidak akan dapat memperoleh/menebus mata ganjaran. Sila aktifkan kad anda secepat mungkin dengan menghubungi Talian Khidmat Pelanggan di 1300-22-2828 sejurus selepas menerima kad baru.

 
 
Home  |  About BHPetrol  |  Products & Services  |  Community  |  Promotions  |  News & Events  | Contact Us  |  Terms & Conditions  |  Privacy Policy
Copyright © BHPetrol. All Rights Reserved.