Hari Bapa mungkin sudah berlalu, tapi siapa kata kita perlu tunggu tarikh tertentu untuk raikan lelaki paling penting dalam hidup kita? Sama ada nak ucap terima kasih, tunjuk kasih sayang, atau sekadar beri kejutan kecil, lima idea ini sesuai untuk manjakan ayah pada bila-bila masa sepanjang tahun.
Lebih menarik lagi? Semua pengalaman ini datang dengan tawaran eksklusif melalui aplikasi BHPetrol eCard, dan anda tak perlu guna sebarang ePoints pun! Betul tu, hanya cuma tunjuk aplikasi BHPetrol eCard anda di outlet yang mengambil bahagian, dan anda boleh terus nikmati ganjarannya.
Ini adalah 5 cara menarik untuk hargai ayah anda bila-bila masa dia perlukan sedikit layanan istimewa:
1. Beri Ayah Pengalaman Grooming Eksklusif di Gentlemen’s Tonic
Bantu ayah berehat dan segarkan diri dengan sesi grooming bertaraf lima bintang di Gentlemen’s Tonic, spa dan salon lelaki mewah dari London. Direka khas untuk lelaki moden yang sibuk, rawatannya merangkumi potongan rambut, facial, dan urutan dimana semuanya dalam suasana profesional dan peribadi.
📱 Tawaran BHPetrol eCard App: Diskaun 10% untuk servis A la Carte
2. Belanja Aiskrim Premium dari Häagen-Dazs
Kadang-kadang, ganjaran terbaik datang dalam bentuk aiskrim. Kejutkan ayah dengan kek aiskrim Häagen-Dazs yang lazat dan nikmati 1 pint percuma untuk dikongsi bersama (atau simpan untuk diri sendiri, kami takkan bagitahu 😄).
📱Tawaran BHPetrol eCard App: Beli kek aiskrim 1kg ke atas dan dapat 1 pint handpacked PERCUMA
3. Nikmati Secawan Kopi Bersama di ‘Miyakori Coffee’
Kadang-kadang, masa berkualiti hanya perlukan secawan kopi dan suasana yang tenang. Ajak ayah lepak santai di Miyakori Coffee, kedai kopi yang cozy dan sesuai untuk luangkan masa berdua.
📱 Tawaran BHPetrol eCard App: Diskaun RM2 dengan pembelian minimum RM25
4. Rancang Staycation untuk Ayah (dan Mungkin Sekeluarga) di E&O Residences KL
Jadikan hujung minggu biasa sesuatu yang luar biasa. E&O Residences Kuala Lumpur menawarkan suite moden, pemandangan bandar yang indah dan kemudahan premium, sesuai untuk percutian singkat sama ada ayah nak berehat seorang diri, atau bawa mak dan sekeluarga sekali.
📱 Tawaran BHPetrol eCard App:
– One Bedroom Suite (King) pada harga RM378.00nett/semlm (Tanpa Sarapan)
– Two Bedroom Suite (King + Queen) pada harga RM648.00nett/semlm (Tanpa Sarapan)
5. Bawa Ayah Nikmati Hidangan Sedap di Fahrenheit 600
Tiada yang lebih menyenangkan selain menikmati makanan bersama orang tersayang. Di Fahrenheit 600, ayah boleh pilih dari pilihan pizza kayu api, pasta lazat, dan hidangan Barat yang menyelerakan – sesuai untuk sambutan kasual atau makan tengah hari spontan.
📱 Tawaran BHPetrol eCard App: Diskaun 15% dengan perbelanjaan minimum RM50 dalam satu resit
Tak perlu tunggu tarikh tertentu untuk hargai ayah. Dengan aplikasi BHPetrol eCard, beri layanan istimewa kepada ayah kini lebih mudah dan lebih jimat! Malah, banyak lagi ganjaran menarik yang anda boleh terokai dalam aplikasi, selain daripada yang disebut dalam artikel ini.
✅ Tiada ePoints diperlukan, tiada kerumitan.
Cuma ganjaran harian yang bantu anda cipta detik bermakna bersama insan yang sentiasa ada untuk anda.