Blog

BUDI95 di bawah SKPS: Cara Semak Kelayakan & Maksimumkan Setiap Ringgit di BHPetrol

Subsidi petrol BUDI95 bersasar dibawah SKPB (Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi) diperkenalkan bagi membantu rakyat Malaysia. Bagi kebanyakan pengguna kenderaan harian, ini bermakna anda masih dapat menikmati harga RON95 yang berpatutan, tetapi kini dengan cara yang lebih cekap dan mampan untuk negara.

Jadi, apa maksud perubahan ini untuk anda? Dan bagaimana cara menyemak kelayakan anda?

Apa Itu RON95, dan Kenapa Disubsidi?

RON95 ialah petrol paling kerap digunakan di Malaysia, sesuai untuk kereta biasa hingga pertengahan. Berbeza dengan RON97 yang dikhususkan untuk enjin berprestasi tinggi, RON95 menawarkan kecekapan yang boleh dipercayai untuk ulang-alik harian, perjalanan jauh dan kegunaan seharian.

Kenapa Subsidi RON95 Disusun Semula?

Sebelum ini, Malaysia menggunakan model subsidi menyeluruh di mana semua pihak, termasuk warga asing dan golongan berpendapatan tinggi, turut menikmati harga subsidi. Walaupun niatnya baik, kaedah ini menelan belanja berbilion ringgit setiap tahun, malah lebih banyak menguntungkan mereka di luar kumpulan sasaran sebenar.

Bermula tahun 2025, kerajaan akan memperkenalkan Budi Madani RON95 (BUDI95), yang dijangka menjimatkan antara RM2 bilion hingga RM4 bilion setahun, menurut laporan The Edge Malaysia.

 

Sistem SKPS akan menggunakan kaedah pengesahan masa nyata, termasuk:

  • Pengesahan MyKad

  • Integrasi dengan E-Wallet

 

Dengan langkah ini, sistem baharu bertujuan untuk:

  • Mencegah penyalahgunaan dan penipuan

  • Mengurangkan kos pentadbiran

Siapa Yang Layak Terima Subsidi RON95?

 

Berdasarkan Budi Madani RON95, berikut ialah maklumat yang telah diumumkan setakat ini:

Kriteria Kelayakan:
Semua Warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu yang sah dan mempunyai kenderaan berpendaftaran Malaysia.

👉 Bagi pengguna perniagaan, BHPetrol turut menawarkan Fleetcard RON95 (SKPS) yang direka khas untuk Sektor Pengangkutan Darat Awam & Sektor Pengangkutan Darat Barangan, dengan manfaat seperti:

  • Had kredit automatik sehingga RM10,000

  • Rebat istimewa melalui eCard maya

  • Tiada caj tersembunyi

  • Portal dalam talian untuk pengurusan kad yang lebih mudah

Apa yang Perlu Anda Lakukan Sekarang?

Semak MYKad anda
Rujuk laman web https://www.budimadani.gov.my/ untuk menyamak kelayakan anda.

Dapatkan Info Sahih Dari Sumber Rasmi
Abaikan khabar angin di media sosial yang tidak disahkan. Rujuk info rasmi dari Kementerian Kewangan (MoF) atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN).

Jimat Lebih Bersama BHPetrol

Dengan RON95 beralih ke sistem subsidi bersasar SKPS, setiap titisan petrol kini lebih bernilai berbanding sebelumnya. Sebab itulah stesen BHPetrol di seluruh negara sentiasa sedia memberikan:

  • Petrol berkualiti tinggi pada harga berbaloi
  • Layanan mesra dan lokasi yang mudah diakses
  • Ganjaran eksklusif serta penebusan e-baucar

🎁 Jangan lepaskan peluang tawaran istimewa BHPetrol di sini:
👉https://www.bhpetrol.com.my/promotions/

Sama ada untuk kerja, urusan harian, atau percutian jalan raya, BHPetrol membantu anda memaksimumkan nilai setiap ringgit — kerana perjalanan anda layak mendapat yang terbaik.