Di Malaysia, musim monsun biasanya berlaku dari November hingga Mac dan dari Mei hingga September, ditandai dengan ribut petir kerap, hujan berpanjangan, dan kelembapan tinggi. Keadaan ini menjadikan tips memandu musim monsun sangat penting kerana jalan licin, penglihatan terhad, dan banjir kilat boleh membahayakan pemandu.
Memahami cara memandu dalam hujan lebat dan memastikan kenderaan bersedia dapat membantu mengelakkan kemalangan dan kerosakan kenderaan yang tidak perlu.
Panduan Memandu Selamat Musim Hujan

1. Elak Melalui Takungan Air Banjir
Jangan cuba memandu melalui air banjir yang dalam atau deras. Jalan yang dinaiki air banjir tidak menentu dimana kedalaman mungkin lebih daripada apa yang kelihatan, dan arus kuat boleh menolak kenderaan.
Jika air mula memasuki kenderaan, keluar serta-merta dan bergerak ke tempat yang lebih tinggi. Untuk melindungi kenderaan dari segi kewangan, pertimbangkan insurans banjir kereta.
Langkah ini adalah aspek penting dalam memandu selamat di kawasan banjir semasa musim monsun.

2. Pandu Perlahan & Stabil di Air Cetek
Jalan basah mengurangkan cengkaman tayar dan meningkatkan jarak berhenti. Apabila memandu di jalan yang tergenang air:
- Perlahan-lahan
- Gunakan gear rendah jika perlu
- Kekalkan jarak selamat dari kenderaan lain
Memandu di lebuh raya semasa hujan lebat boleh meningkatkan risiko hydroplaning, jadi kurangkan kelajuan dan elakkan membrek secara tiba-tiba atau membelok tajam. Tips elak kemalangan jalan basah ini membantu mengekalkan kawalan kenderaan dan mengurangkan risiko kemalangan.
3. Jangan Panik Jika Enjin Mati
Jika enjin mati semasa melalui banjir, jangan cuba menghidupkannya semula. Menghidupkan enjin yang tenggelam boleh menyebabkan kerosakan dalaman serius.
Tinggalkan kenderaan di tempatnya dan tunggu bantuan profesional. Apabila keadaan selamat, serahkan kenderaan untuk ditunda. Penyelenggaraan kenderaan secara berkala — seperti memeriksa meterai enjin dan sistem pengambilan udara — dapat mengurangkan kerosakan akibat banjir.
4. Pastikan Pandangan Jelas Semasa Hujan
Penglihatan jelas adalah kunci semasa memandu selamat musim hujan. Sentiasa pastikan:
- Wiper cermin hadapan berfungsi dengan baik
- Cermin bersih
- Lampu hadapan dihidupkan semasa hujan
Penglihatan yang jelas adalah salah satu amalan keselamatan penting musim monsun, terutama semasa hujan lebat tiba-tiba.

5. Rancang Laluan & Semak Keadaan Semasa
Sebelum keluar, semak ramalan cuaca dan kemas kini trafik masa nyata. Elakkan kawasan yang diketahui banjir apabila boleh dan rancang laluan alternatif.
Langkah mudah ini dapat mengurangkan risiko tersekat dalam keadaan berbahaya dan penting untuk panduan memandu selamat di kawasan banjir.

6. Bersedia Untuk Kecemasan
Sentiasa simpan kit kecemasan dalam kenderaan, termasuk:
- Lampu suluh
- Kit pertolongan cemas
- Segitiga amaran
- Nombor telefon kecemasan
Bersedia membantu anda kekal tenang dan bertindak pantas jika keadaan cuaca bertambah buruk.
Rehat Apabila Cuaca Terlalu Teruk
Memandu dalam hujan berterusan boleh memenatkan dari segi fizikal dan mental. Jika keadaan menjadi sukar dikawal, lebih selamat untuk melambatkan kelajuan — atau berhenti sepenuhnya.
Semasa musim monsun, ambil masa untuk berehat di stesen BHPetrol terdekat, di mana anda boleh mengisi minyak, berehat seketika, dan menunggu keadaan memandu yang lebih selamat.
Keselamatan di jalan bermula dengan kesabaran, persiapan, dan mengetahui bila untuk berhenti seketika. Memandu dengan bijak, kekal alert, dan utamakan keselamatan sepanjang musim monsun ini.