Pemilik kenderaan diesel persendirian dan peniaga kini boleh menikmati subsidi bahan api dengan lebih mudah melalui pelaksanaan BUDI Diesel di stesen BHPetrol seluruh Malaysia.

Sebelum ini, ramai pengguna diesel tertanya-tanya bagaimana perubahan dasar subsidi akan memberi kesan kepada kos perjalanan harian dan perbelanjaan operasi perniagaan. Sama ada digunakan untuk urusan kerja, penghantaran barangan atau perjalanan harian, kos bahan api sentiasa menjadi antara komponen penting yang perlu diurus dengan baik.
Kini, dengan pelaksanaan mekanisme BUDI Diesel, pengguna yang layak boleh menikmati subsidi secara terus ketika mengisi minyak. Melalui sistem pengesahan segera di stesen BHPetrol, harga diesel akan diselaraskan kepada RM2.10 seliter, menjadikan proses lebih mudah tanpa perlu mengubah rutin harian anda.
Siapa Yang Layak Menerima Subsidi BUDI Diesel?

Untuk menikmati kadar subsidi menggunakan MyKad, anda perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh kerajaan:
- Warganegara Malaysia
- Mempunyai lesen memandu yang sah
- Memiliki kenderaan diesel persendirian dengan cukai jalan yang masih aktif
Setiap pengguna yang layak akan menerima kuota asas sebanyak 200 liter sebulan. Kuota ini dikongsi secara dinamik bersama subsidi BUDI95, bergantung kepada penggunaan sebenar bahan api anda.
Bagi pemilik kenderaan seperti pikap diesel atau SUV yang digunakan untuk tujuan perniagaan, anda juga boleh memohon tambahan kuota sebanyak 100 liter, menjadikan jumlah keseluruhan sehingga 300 liter sebulan.
Untuk menyemak status kelayakan dan baki kuota subsidi anda, layari portal rasmi BUDI MADANI.
Tiga Cara Mudah Menebus Subsidi Diesel di BHPetrol

BHPetrol menyediakan beberapa pilihan yang memudahkan pengguna membuat penebusan subsidi mengikut keselesaan masing-masing.
Pengguna juga boleh memahami cara menebus subsidi BUDI Diesel dengan menonton video cara menikmati BUDI Diesel oleh Tracie Sinidol:
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZS4UBYoew/
FB: https://www.facebook.com/share/v/1CmcSBmhfx/
IG: https://www.instagram.com/reel/DaWnnOHTaRd/?igsh=MXR5czF1MGd5N2FlYg==
1. Terus di Pam (Terminal OPT)
Masukkan kad debit atau kad kredit anda di Terminal OPT, kemudian masukkan MyKad untuk pengesahan identiti sebelum mengisi minyak pada kadar subsidi.
2. Di Kaunter BHPetrol
Serahkan MyKad kepada juruwang untuk proses pengesahan. Setelah pembayaran dibuat menggunakan kaedah pilihan anda, anda boleh terus mengisi minyak seperti biasa.
3. Melalui Touch ‘n Go eWallet
Buka aplikasi Touch ‘n Go eWallet, cari menu “BUDI Diesel”, pilih stesen BHPetrol yang anda kunjungi dan tunjukkan kod QR yang dijana kepada juruwang sebelum membuat pembayaran.
Jangan Lepaskan Ganjaran ePoints Anda
Menariknya, anda masih boleh menikmati ganjaran BHPetrol walaupun menggunakan subsidi BUDI Diesel.
Semasa membuat pembayaran di kaunter, hanya imbas Kad BHPetrol eCard atau aplikasi mudah alih BHPetrol eCard untuk mengumpul ePoints. Jika anda mempunyai Baucar BHPetrol, ia juga boleh digunakan bersama transaksi yang layak, membolehkan anda menikmati lebih banyak penjimatan dalam satu pengisian minyak.
Gunakan Kuota Anda Sebelum Tamat Tempoh
Walaupun proses penebusan kini lebih mudah, pengguna perlu mengambil perhatian bahawa kuota subsidi diberikan secara bulanan.
Sebarang baki kuota yang tidak digunakan tidak akan dibawa ke bulan berikutnya, sebaliknya akan ditetapkan semula pada permulaan setiap bulan.
Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah semasa proses pengesahan atau mendapati nama anda tidak tersenarai dalam sistem, anda boleh menghubungi Hotline BUDI MADANI di talian 1300-88-9595 atau mendapatkan bantuan daripada kakitangan BHPetrol di stesen.
Nikmati Prestasi Enjin Yang Lebih Baik Dengan BHPetrol Diesel
Selain menikmati subsidi, anda juga boleh terus memberikan perlindungan kepada enjin kenderaan anda.
BHPetrol Infiniti Euro5 BiO Diesel dirumus dengan aditif berprestasi tinggi dari Jerman yang membantu membersihkan deposit pada sistem suntikan bahan api, sekali gus menyokong prestasi enjin dan kecekapan penggunaan bahan api.
Berdasarkan ujian makmal bebas DW10 CEC, penggunaan diesel tanpa aditif boleh menyebabkan kehilangan kuasa enjin sehingga 6.2% dalam tempoh hanya 25 jam akibat pembentukan deposit pada penyuntik bahan api.
Dengan memilih BHPetrol Infiniti Euro5 BiO Diesel, anda bukan sahaja menikmati subsidi BUDI Diesel, malah membantu memastikan enjin terus beroperasi dengan lebih lancar untuk setiap perjalanan.
Pandu ke stesen BHPetrol hari ini, sahkan kelayakan anda menggunakan MyKad, dan nikmati proses penebusan subsidi yang mudah, pantas serta lebih berbaloi dengan setiap pengisian minyak.