Saya/Kami dengan ini mengisytiharkan bahawa saya/kami akan memaklumkan kepada BHPetrol sekiranya saya/kami terlibat dalam sebarang aktiviti yang mungkin melanggar Undang-Undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA).
Saya/Kami juga akan memaklumkan kepada BHPetrol jika saya/kami dikenal pasti sebagai individu yang terdedah secara politik (PEP) dan/atau jika saya/kami dan/atau ahli keluarga terdekat (ibu bapa, pasangan dan anak-anak) dan/atau rakan rapat berkaitan dengan mana-mana PEP.
Saya/Kami dengan ini memberikan persetujuan dan kebenaran kepada BHPetrol untuk mendedahkan dan melaporkan kepada Bank Negara Malaysia sekiranya mana-mana transaksi tunai saya/kami melebihi Ringgit Malaysia Dua Puluh Lima Ribu (RM25,000-00), pada bila-bila masa tanpa tanggungan, termasuk maklumat kewangan atau sebaliknya berkenaan urusan dan akaun saya/kami, pembiayaan dan kelakuannya, untuk tujuan yang difikirkan sesuai oleh BHPetrol.
Pengisytiharan Had Transaksi
Had transaksi, termasuk sekatan harian dan bulanan yang ditunjukkan dalam borang permohonan ini adalah sebagai anggaran
atau petunjuk sahaja. BHPetrol berhak untuk melaras, mengubah, menukar dan/atau menyemak semula angka-angka ini kepada
nilai terdekat dalam sistem kad armada BHPetrol. BHPetrol tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan
yang berlaku akibat perbezaan antara had kawalan dalam sistem kad armada dan yang dinyatakan dalam borang permohonan ini.
Persetujuan Pengesahan
Saya/Kami menerima dan mengesahkan bahawa Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (“BHPetrol”) berhak untuk menolak permohonan saya/kami tanpa perlu memberikan sebarang sebab. Saya/Kami dengan ini memberikan kebenaran tanpa syarat untuk BHPetrol menjalankan semakan latar belakang kredit sebagai sebahagian daripada proses permohonan ini bagi tujuan pengesahan integriti kewangan, demi keselamatan undang-undang dan kewangan untuk kedua-dua pihak.
Sekiranya permohonan saya/kami diluluskan oleh BHPetrol, saya/kami menerima dan mengesahkan bahawa dengan menandatangani atau menggunakan Kad X-Fleet/Cash BHPetrol, saya/kami akan terikat kepada terma dan syarat penggunaan Kad X-Fleet/Cash BHPetrol serta Program Kesetiaan eCard BHPetrol seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian Ahli yang akan disertakan bersama kad tersebut.
Persetujuan Pemprosesan Data Peribadi
Dengan memberikan maklumat peribadi saya/kami dan menandatangani di bawah, saya/kami dengan jelas bersetuju dengan pemprosesan data peribadi saya/kami selaras dengan Notis Perlindungan Data Peribadi BHPetrol di https://www.bhpetrol.com.my/privacy-policy/. Ini termasuk penggunaan data peribadi saya/kami untuk tujuan pemasaran dan pengiklanan yang disasarkan berkaitan faedah, promosi, produk dan perkhidmatan oleh BHPetrol atau rakan strategiknya. Saya/Kami faham bahawa saya/kami berhak untuk menarik diri daripada menerima komunikasi tersebut pada bila-bila masa.
Saya/Kami juga memberi kuasa kepada BHPetrol untuk bertindak bagi pihak saya/kami dalam memohon subsidi kerajaan untuk diesel dan petrol sekiranya layak. Saya/Kami bersetuju untuk memberikan maklumat tambahan jika diperlukan bagi melengkapkan proses tersebut.
Ketepatan Maklumat
Saya/Kami dengan ini mengisytiharkan bahawa semua maklumat peribadi dan kewangan yang diberikan kepada BHPetrol adalah tepat, lengkap dan terkini. Saya/Kami bersetuju untuk memaklumkan BHPetrol dengan segera sekiranya terdapat sebarang perubahan terhadap maklumat tersebut bagi memastikan ketepatan dan keselamatan yang berterusan.
Dengan menghantar permohonan ini, saya/kami mengakui dan bersetuju dengan semua terma dan syarat yang ditetapkan oleh BHPetrol.
Sila muat turun borang perisytiharan, tandatangan dengan cop syarikat, dan muat naik fail menggunakan butang di bawah: