Blog

5 R&R untuk Berehat & Bersantai ketika Cuti-Cuti di Malaysia

Merancang untuk berjalan-jalan sempena Cuti-Cuti Malaysia ni? Tahukah anda bahawa badan anda sebenarnya memerlukan sekurang-kurangnya 15 minit berehat setiap 2 jam memandu? Berehatlah di R&R di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan di Semenanjung Malaysia ini untuk menjadikan perjalanan anda menyenangkan dan menenangkan!

Dengan 400 stesen BHPetrol di seluruh negara, anda boleh mengembara tanpa bimbang kerana sentiasa ada stesen berdekatan anda. Jika R&R terdekat anda tidak tersedia atau diduduki sepenuhnya, jangan bimbang kerana di setiap stesen BHPetrol mempunyai tandas awam dan surau supaya anda boleh membuat persediaan untuk perjalanan anda ke mana-mana sahaja anda pergi. Apa lagi, jangan lupa dapatkan mata dan tebus ganjaran hebat dengan eCard BHPetrol apabila anda mengisi minyak atau membeli-belah di BHPetromart!

Untuk membantu anda merancang perjalanan anda, berikut adalah 5 R&R di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dengan stesen BHPetrol berdekatan tempat anda boleh menjamu selera, berehat dan mengisi minyak!

 

1) R&R Pagoh Utara

 

R&R Pagoh Utara

Photo Credits: Kiasan Alam

 

R&R di Pagoh Utara ini sangat sesuai untuk mereka yang lebih suka mengelak daripada kesesakan. Untuk hidangan panas dan cepat, anda boleh memilih pelbagai mi segera atau makanan yang boleh dipanaskan menggunakan microwave dan nikmati di bar tempat duduk. Terdapat juga banyak pilihan kopi seperti Costa Coffee, Dunkin Donuts, dan juga kopi tempatan yang selesa dan jauh dari orang ramai yang sesuai untuk berehat seketika untuk mengembalikan tenaga anda.

 

Stesen BHPetrol R&R Pagoh Utara:

πŸ“Kawasan R&R Pagoh North Bound RSA, Mukim, 84600, Johor

⏰24 Jam

 

2) R&R Pagoh Selatan

 

R&R Pagoh Selatan

Photo credits: Samuel Lee

 

R&R di sini pastinya tidak boleh dilepaskan, dan pilihan makanannya akan membuatkan anda terpikat! Terdapat pelbagai jenis masakan Melayu untuk dipilih, serta rangkaian makanan segera, makanan ringan dan pasar mini untuk memastikan anda mempunyai stok untuk perjalanan anda!

 

Stesen BHPetrol R&R Pagoh Selatan:

πŸ“ BHPetrol R&R KM 135, Lebuhraya Utara Selatan, Mukim Jorak, 84600 Muar, Johor

⏰ 24 Jam

 

3) R&R Skudai Southbound

 

R&R Skudai Southbound

Photo credits: Skudai R&R Southbound Facebook

 

Di R&R Skudai, anda bakal merasai suasana minimalis dan menemukan hampir kesemua yang anda perlukan di sini. Perjalanan dengan kanak-kanak kecil dan orang tua menjadi lebih mudah di sini! R&R ini mempunyai pelbagai kemudahan termasuk laluan pejalan kaki yang juga mesra keluarga dan orang kurang upaya. Malah terdapat Family Mart dan Starbucks untuk anda nikmati makanan ringan untuk dijadikan bekalan!

 

Stesen BHPetrol R&R Skudai:

πŸ“ 16 Jalan R&R Skudai Kawasan R&R Skudai, 81400 Senai, Johor

⏰ 24 Jam

 

4) R&R Tapah Selatan

 

R&R Tapah Selatan

Photo credits: Hazziq Qayyum

 

Ketika di musim-musim puncak, R&R ini biasanya sesak dengan pengembara yang letih dan pengunjung yang kelaparan, namun terdapat kemudahan kerusi urut disediakan untuk pengembara merehatkan otot seketika, serta kanak-kanak juga dialu-alukan untuk bermain di taman permainan di sini. Ia juga merupakan tempat yang tenang untuk bersiar-siar dan juga melegakan tekanan darah selepas penat memandu mahupun selepas melalui kesesakan lalu lintas yang panjang. Selain itu, terdapat juga banyak pilihan gerai makanan dari makanan tempatan hingga ke barat yang terdapat di R&R.

 

Stesen BHPetrol R&R Tapah Selatan:

πŸ“ BHP PETROL Tapah Highway, KM 331, Lebuhraya Utara – Selatan, Arah Selatan, 35000 Tapah, Perak

⏰ Isnin – Sabtu: 8am hinggga 12am | Ahad: 8am hingga 1am

 

5) R&R Jejantas Sungai Buloh

 

R&R Jejantas Sungai Buloh

Photo credits: woeileong1104

 

R&R ini terkenal di kalangan rakyat Malaysia dengan Restoran Jejantas di mana anda boleh menikmati pelbagai makanan dan minuman tempatan mahupun antarabangsa sambil menikmati pemandangan lebuh raya. Pengembara sering singgah bukan sahaja untuk berehat, tetapi juga untuk menikmati sate yang lazat di Restoran Sate Kajang Hj Samuri yang terkenal. Selain itu, kemudahan di sini juga diselenggara dengan baik termasuk surau, tandas dan kedai serbaneka.

 

Stesen BHPetrol R&R Jejantas Sungai Buloh:

πŸ“ BHP PETROL Restoran Jejantas Sungai Buloh Arah Selatan, KM458, 4, North-South Expy, East Highway, Petaling Jaya, Selangor

⏰ N/A

 

Itulah dia 5 R&R untuk Berehat dan Bersantai ketika Cuti-Cuti di Malaysia!Β Jangan lupa untuk merancang percutian Cuti-Cuti Malaysia anda dengan BHPetrol hari ini dan nikmati penjimatan hebat dengan aplikasi eCard!

Dengan setiap liter yang dibelanjakan di stesen servis BHPetrol, anda memperoleh 1ePoint yang boleh anda kumpulkan untuk menebus pelbagai hadiah melalui Ganjaran eCard BHPetrol dalam talian. Lebih banyak ePoint yang anda peroleh, lebih besar ganjarannya!

Adakah kamu tahu? Dengan menjadi pengguna applikasi eCard, anda juga boleh menyertai kempen eksklusif BHPetrol dan menikmati faedah ahli yang lebih besar:

  1. Kumpul ePoints Anda Serta-merta dengan aplikasi eCard
  • Mengumpul mata kini lebih mudah dan menjimatkan masa.
  • Peroleh 2X ePoints dengan setiap pembelian petrol dan diesel!
  1. Program Rujukan Untuk Mendapatkan Lebih Banyak ePoint!
  • Rujuk rakan dan dapatkan 100 ePoints (bersamaan dengan RM1) setiap satu apabila rakan anda membelanjakan terkumpul RM30 di stesen servis BHPetrol yang mengambil bahagian.
  • Program rujukan “Share More, Earn More!” terhad kepada jumlah 35,000 penebusan sahaja.
  1. Menangi Peralatan Istimewa Setiap Bulan!
  • Sertai peraduan β€œWin Special Gadget every month” dan berpeluang memenangi peralatan hebat ini dengan membelanjakan terkumpul RM30 di stesen BHPetrol yang mengambil bahagian!

*T&Cs apply.