Blog

6 Hadiah Menyenangkan untuk Menunjukkan Kasih Sayang Kepada Ibu Anda

Apabila bercerita mengenai Ibu, tidak akan ada jalan pintas, dan pastinya tidak ada yang namanya terlalu sayang. Hari Ibu hampir tiba, dan anda ingin menunjukkan penghargaan anda dengan cara yang benar-benar mencerminkan kasih sayang dan penjagaan yang dia berikan kepada anda. Terdapat pelbagai cara untuk menyatakan rasa terima kasih anda, dan bukan selalu mengenai tanda harga tapi yang penting sesuatu yang indah yang bakal jadi kenang- kenangan di hari istimewanya.

Bersedialah untuk menjadikan sambutan Hari Ibu anda sempurna tanpa berbelanja besar. Dengan aplikasi eCard BHPetrol, anda boleh menjejaki ePoints BHPetrol anda dengan mudah pada telefon anda. Ia bukan sahaja tentang penjimatan minyak dengan kempen 2X ePoints kami. Apabila anda memuat turun apl eCard, anda juga mendapat akses kepada tawaran eksklusif untuk membeli-belah, perkhidmatan dan percutian istimewa serta tawaran kesihatan untuk merawat ibu anda.

Dalam panduan komprehensif ini, kami akan membawa anda merentasi 7 idea hadiah yang bakal menyejukkan hati yang akan membuatkan ibu anda berasa dihargai. Ini bukan sekadar hadiah, tetapi cara untuk mencipta kenangan dan pengalaman yang tidak dapat di hadiahkan dalam kotak.

 

Hadiah Khas Untuk Penjagaan Penglihatan dan Kesihatan

 

Tiada apa-apa kata yang dapat di ungkapkan seperti “Saya sayang awak” seperti hadiah istimewa berkaitan dengan kesihatan. Hari Ibu ini, pertimbangkan untuk menghadiahkan ibu anda pemeriksaan mata menyeluruh dengan pakar yang terkenal. Pengguna aplikasi eCard BHPetrol boleh menikmati diskaun eksklusif *30% untuk perkhidmatan penglihatan. Bayangkan kegembiraan di wajahnya apabiladia menyedari anda bukan sahaja mengambil berat tentang cintanya tetapi juga tentang kesejahteraannya!

*T&Cs Apply

 

Menaik taraf Perkakasan Rumah

 

Jika anda ingin berbelanja secara berhemah untuk ibu anda pada Hari Ibu ini, mengapa tidak menaik taraf peralatan rumahnya? Berita baiknya ialah anda juga boleh melayan ibu anda dengan teknologi terkini dalam rumah tanpa perlu berbelanja. Dengan aplikasi eCard BHPetrol, anda boleh menikmati tawaran eksklusif seperti *10% DISKAUN di seluruh kedai di Pensonic dan *5% DISKAUN di KHIND.

Sama ada dia sedang mencari pengisar baharu untuk menyiapkan pencuci mulut Tong Sui pilihannya atau penggoreng udara moden untuk masakan yang lebih sihat, kini peluang anda untuk mengejutkannya!

*T&Cs Apply

 

Hari Untuk Memanjakan Diri

 

Selepas semua pengorbanan dan kerja keras ibu anda selama bertahun-tahun, dia berhak mendapat hari yang didedikasikan sepenuhnya untuknya. Pertimbangkan untuk merawatnya dengan sesi spa mewah atau rawatan manicure-pedicure yang menenangkan. Dengan tawaran eksklusif dan diskaun untuk perkhidmatan kesihatan yang tersedia pada aplikasi eCard BHPetrol, anda boleh memanjakan ibu anda tanpa melanggar bajet anda.

Tidak pasti di mana untuk mula mencari? Semak rakan kongsi kami seperti Footsie di mana anda boleh mendapatkan sehingga *RM25 DISKAUN untuk semua perkhidmatan a la carte seperti urutan kaki yang menenangkan atau scrub badan yang menyegarkan. Untuk ibu-ibu yang mementingkan kesihatan dan kesejahteraan, SweatSpa menawarkan tawaran *Beli 1 Percuma 1 yang luar biasa, dengan sesi yang boleh disesuaikan yang terdiri daripada Terapi Sauna Inframerah kepada Analisis Komposisi Badan.

*T&Cs Apply

 

Fesyen  Terkini

Ambil masa yang berharga ini untuk meraikan gaya unik ibu anda dengan menaiktaraf gaya fesyennya. Terima kasih kepada perkongsian kami dengan jenama fesyen terkenal pada apl eCard BHPetrol, beliau akan menikmati diskaun sambil memberikan penampilan yang lebih menarik. Sama ada ibu anda lebih suka fesyen tempatan seperti Mayang by Anntsya, kasut berkualiti daripada Christy Ng atau aksesori elegan daripada Lazo Diamond, anda akan mendapat hadiah yang sesuai dengan penjimatan eksklusif apabila anda mendaftar sebagai ahli aplikasi eCard BHPetrol. 

 

Keajaiban Kesihatan

 

Bagi ibu yang sentiasa mengutamakan kepentingan orang lain, hadiah istimewa yang menggalakkan penjagaan diri adalah sesuai untuknya! Dengan apl eCard BHPetrol, anda boleh merawatnya dengan produk sarang burung HAI-O terpilih pada diskaun *15% eksklusif. Setiap teguk bukan sahaja akan mengisi hatinya dengan kegembiraan, tetapi juga meremajakan minda dan badannya, mengingatkannya tentang penjagaan dan penghargaan yang sepatutnya.

*T&Cs Apply

 

Masa Berkualiti Bersama

Akhir sekali, hadiah paling berharga untuk ibu anda ialah masa dan perhatian penuh anda. Rancang hari istimewa, hanya untuk anda berdua, sama ada berkelah santai di taman atau meneroka tempat makanan baharu di bandar. Tidak boleh membuat keputusan? Biarkan apl eCard BHPetrol membantu anda — dengan pelbagai pilihan restoran dan tawaran eksklusif, anda pasti akan menemui tempat yang sesuai untuk mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan bersama!

 

Ibu anda sentiasa ada untuk anda, menyokong dan menyayangi anda tanpa syarat. Hari Ibu ini, buat dia berasa dihargai dengan idea-idea hadiah yang menyentuh hati ini yang pasti akan meninggalkan kesan yang berkekalan dan menunjukkan kepadanya betapa dia sangat bermakna bagi anda. Dan ingatlah, dengan aplikasi eCard BHPetrol, anda boleh menjadikan setiap hari sebagai hari istimewa untuk ibu anda, bukan hanya pada Hari Ibu!