Blog

8 Hidangan Tradisional Tahun Baru Cina Yang Mudah Dibuat di Rumah

Sebagai rakyat Malaysia, salah satu perkara kegemaran kita tentang mana-mana perayaan ialah MAKANAN. Merasakan keinginan untuk membuat tempahan anda di restoran Cina terdekat? Bagaimana jika kami memberitahu anda bahawa hidangan lazat ini tidaklah sukar untuk dibuat seperti yang anda fikirkan? Ya, anda kini boleh menikmati hidangan CNY kegemaran anda dalam keselesaan rumah anda sendiri dengan hanya beberapa bahan dan langkah mudah. Lagi menarik, hidangan ini mesra halal supaya anda boleh menyebarkan kegembiraan bersama rakan dan keluarga anda!

Jangan lupa juga untuk melengkapkan dapur gas anda dengan LPG BHPetrol yang boleh dipercayai, juga dikenali sebagai BHPetrogas! BHPetrogas ialah bahan api yang sesuai untuk memasak kerana ia memberikan haba yang konsisten, memastikan hidangan anda dimasak dengan sempurna setiap kali! Dipercayai oleh ramai rakan kongsi industri, BHPetrogas juga merupakan sumber tenaga yang bersih dan menjimatkan kos yang membolehkan anda memasak dengan selamat dengan kandungannya yang bersih.

Singsingkan lengan baju anda, dan pakai apron sebab kami akan menunjukkan 8 hidangan tradisional Tahun Baru Cina yang mudah dibuat di rumah.

 

Yee Sang (Prosperity Toss)

Photo Credits: Covoji Learning

Mari kita mulakan dengan hidangan paling ikonik semasa Tahun Baru Cina iaitu Yee Sang!

Salad yang berwarna-warni dan menyegarkan ini bukan sahaja lazat tetapi juga simbol kemakmuran dan nasib baik. Apa yang anda perlu lakukan ialah satukan bahan-bahan, seperti timun yang dicincang, lobak merah, pomelo, dan tambahkannya dengan beberapa hirisan salmon mentah, dan anda boleh terus hidangkan!

 

Ikan Kukus Ala Cina (Chinese Steamed Fish)

Ikan kukus Cina sering dihidangkan semasa makan malam perjumpaan Bersama keluarga untuk maksud 年年有余 (Tahun Penuh Kelimpahan). Perkataan untuk “ikan” dalam bahasa Cina, iaitu “yu” (), berbunyi seperti perkataan untuk “kelimpahan” (). Oleh itu, makan ikan dikaitkan dengan keinginan untuk kemakmuran dan kelimpahan pada tahun yang akan datang.

Untuk menyediakan hidangan istimewa ini di rumah, perap ikan keseluruhan dengan halia dan kicap untuk menghilangkan bau hanyir dan rasa yang lebih baik, kemudian biarkan ianya di perap di dalam peti sejuk selama kira-kira dua puluh minit. Ketika memasak, letak ikan dalam pinggan dan kukus selama lebih kurang lima belas minit atau bergantung kepada saiz ikan.

 

Kuih Loyang (Honeycomb Biscuit)

 

Kuih Loyang, juga dikenali sebagai Kuih Rose, adalah makanan ringan yang popular semasa Tahun Baru Cina. Dengan reka bentuk seperti sarang lebah dan teksturnya yang rangup, tidak hairanlah kuih ini klasik! Jika anda fikir anda tidak boleh menyediakan kuih loyang di rumah, sila fikirkan semula! Dengan sedikit penyediaan, kini anda boleh mencipta versi anda di rumah dengan bantuan acuan tembaga dan beberapa bahan mudah seperti tepung, gula, bijan dan santan.

 

Poon Choi (Big Bowl Feast)

Photo Credits: Ajinomoto

Poon Choi bermaksud kepada “jamuan mangkuk besar” dan ia adalah hidangan yang sering dihidangkan untuk persembahan visual yang menakjubkan. Hidangan satu periuk ini diisi dengan lapisan daging, makanan laut, sayur-sayuran dan cendawan yang dimasak dalam sos pekat. Walaupun ia kelihatan rumit untuk dibuat, anda hanya perlukan periuk besar dan lapiskan bahan-bahan mengikut masa memasak.

Menyediakan Poon Choi mungkin memerlukan lebih banyak usaha dan masa berbanding hidangan yang lebih ringkas, tetapi jika anda gemar memasak dan ingin menarik perhatian tetamu anda, ia boleh menjadi pilihan yang baik!

 

Spring Rolls (Popia)

Spring Rolls ataupun Popia adalah satu lagi hidangan Tahun Baru Cina yang popular yang sangat mudah untuk disediakan. Hanya bungkus sayur-sayuran yang dicincang pilihan anda dan di goreng cepat dalam minyak untuk hidangan rangup yang menyenangkan. Yang paling baik adalah anda boleh menyesuaikan bahan dengan mudah untuk menampung sekatan diet semua orang.

 

Glutinous Rice Balls (Tang Yuan)

Photo Credits: Freepik

 

Secara tradisinya, Tang Yuan melambangkan perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan keluarga, dan ia merupakan pencuci mulut yang biasa dimakan semasa banyak perayaan Cina, seperti solstis musim sejuk dan Tahun Baru Cina.

Anda kini boleh membuat pencuci mulut ini dengan mudah di rumah dengan mencampurkan tepung pulut dengan air untuk membuat doh, di isi dengan inti mengikut pilihan anda, contohnya, kacang merah dan pes bijan hitam. Kemudiannya di balut inti dengan doh dan di canai mengikut bulat sempurna dan masak dalam air mendidih. Siap! Ianya sedia untuk dihidangkan bersama sirap gula perang setelah bebola pulut telah masak dengan baik untuk terapung ke permukaan.

 

Nasi Goreng

Nasi goreng adalah hidangan versatil yang boleh anda hidangkan semasa Tahun Baru Cina. Apa yang anda perlukan hanyalah lebihan nasi dan beberapa bahan seperti telur, lobak merah dan bawang hijau. Tambah protein kegemaran anda, dan anda mempunyai hidangan tradisional yang lazat siap dalam masa yang singkat!

Udang Bijirin Ranggup Keemasan (Golden Crispy Cereal Prawn)

Photo Credits: Maggi

Photo Credits: Maggi

Udang bijirin adalah satu lagi hidangan yang mesti dicuba semasa Tahun Baru Cina. Bijirin yang rangup dan sedikit manis digandingkan dengan udang segar adalah padanan amat enak sekali! Untuk membuat hidangan ini di rumah, salutkan udang dengan bijirin sebelum menggorengnya sehingga bertukar menjadi perang keemasan. Kemudian, toskan dengan mentega, bawang putih, dan daun kari. Taburkan sedikit gula dan garam untuk keseimbangan sempurna rasa manis dan masam.

Kini anda mempunyai 8 hidangan tradisional Tahun Baru Cina yang mudah dibuat ini dalam senarai menu, anda boleh menarik perhatian keluarga dan tetamu anda dengan jamuan buatan sendiri yang lazat! Pertama sekali, pastikan dapur gas anda dilengkapi dengan LPG BHPetrol yang boleh dipercayai, juga dikenali sebagai BHPetrogas, untuk pengalaman memasak yang terbaik. Selamat menyambut Tahun Baru Cina!