Cuti sekolah dah tiba – dan cuaca pun makin panas! Kalau anda sedang mencari cara untuk pastikan anak-anak kekal sejuk, ingin tahu dan terhibur, kami senaraikan 8 muzium indoor di Kuala Lumpur yang penuh dengan keseronokan, pembelajaran, dan keselesaan hawa dingin.
💡 Tip Bijak: Sebelum keluar rumah, isi minyak di BHPetrol terdekat and kumpul ePoints dengan aplikasi BHPetrol eCard – boleh ditebus untuk baucar, makanan, dan barangan eksklusif!
1. Illusion 3D Art Museum (Pasar Seni)
Photo Credits: Illusion 3D Art Museum
Tarikan Utama: Lebih 30 karya seni ilusi optik dan pengalaman video AR.
Harga Tiket: RM34 (dewasa), RM17 (kanak-kanak), PERCUMA bawah 3 tahun.
Ambil gambar lucu bersama anak-anak dan alami keajaiban ilusi – sangat ‘Instagrammable’ dan menyeronokkan untuk seisi keluarga!
2. Muzium Negara
Photo Credits: Muzium Negara
Tarikan Utama: Galeri sejarah, pakaian tradisional dan artifak purba.
Harga Tiket: RM2 (warganegara), PERCUMA untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.
Pelajari sejarah Malaysia melalui pameran yang dikurasi dengan baik merangkumi alat purba, pakaian tradisional, sejarah penjajahan dan banyak lagi. Satu cara yang hebat untuk menghabiskan beberapa jam berjalan menelusuri masa dan memahami akar budaya negara.
3. Planetarium Negara
Photo Credits: Loka.my
Main Attraction: Pameran penerokaan angkasa, pertunjukan planetarium, dan replika pesawat ulang-alik.
Admission: PERCUMA (pameran); Sehingga RM12 (pertunjukan planetarium dan simulasi untuk dewasa), Sehingga RM4 (pertunjukan planetarium dan simulasi untuk kanak-kanak).
Perkenalkan anak kecil anda kepada keajaiban angkasa lepas! Planetarium ini menampilkan pameran interaktif mengenai astronomi, satelit, dan angkasawan negara kita. Kanak-kanak pasti teruja dengan replika pesawat ulang-alik di luar dan pertunjukan kubah teater yang mensimulasikan langit berbintang dan misi ke angkasa.
4. Muzium Coklat (Kota Damansara)
Photo Credits: Chocolate Museum
Tarikan Utama: Ketahui cara coklat dihasilkan, sejarah koko & demo langsung.
Harga Tiket: PERCUMA (Muzium 1). Sehingga RM6 (Muzium 2). Sehingga RM59 (kelas membuat coklat).
Satu lawatan manis untuk keluarga! Selepas lawatan pendidikan, anda boleh merasa sampel coklat atau beli sebagai cenderamata. Anak-anak juga boleh cuba buat coklat sendiri dalam bengkel kreatif yang menyeronokkan.
5. Muzium Kesenian Islam Malaysia
Photo Credits: Islamic Arts Museum
Tarikan Utama: Koleksi seni Islam dari seluruh dunia – tekstil, seramik, perhiasan & model seni bina.
Harga Tiket: RM20 (dewasa), RM10 (pelajar), PERCUMA bawah 6 tahun.
Terokai sejarah dan keindahan seni Islam melalui pelbagai pameran yang mengagumkan. Muzium ini menampilkan kemahiran tangan dan kepentingan budaya seni Islam dari pelbagai rantau dan zaman. Sesuai untuk pencinta seni, sejarah dan budaya.
6. MinNature Malaysia – Sungei Wang Plaza
Photo Credits: MinNature
Main Attraction: Intricate miniature models of Malaysian landmarks and local scenes.
Admission: RM28 (adults), RM15 (kids under 12), FREE for under 3.
Masuk ke dunia mini yang penuh perincian di mana bandar tempatan, kereta api dan rumah dibina dengan teliti. Anak-anak pasti kagum melihat LRT mini bergerak di bandar dan suasana seperti pasar malam atau sekolah tempatan dalam bentuk mini. Sangat menghiburkan dan penuh peluang bergambar!
7. Bank Negara Malaysia Museum and Art Gallery
Photo Credits: Bank Negara Malaysia Museum and Art Gallery and Vulcan Post
Main Attraction: Fun lessons on money, savings, global finance, and art exhibitions.
Admission: FREE entry.
Siapa sangka belajar tentang wang boleh jadi seronok? Muzium moden ini menampilkan pameran mesra kanak-kanak tentang mata wang, celik kewangan, dan seni. Anak-anak boleh bermain permainan berkaitan wang, meneroka paparan interaktif dan melihat koleksi wang rare.
🍴 BONUS: Promosi Makanan dengan Aplikasi BHPetrol eCard
Selepas seharian belajar dan berjalan, tiba masanya untuk menjamu selera! Makan di luar bersama anak-anak tidak semestinya mahal – terutamanya dengan BHPetrol eCard app.
Nikmati promosi makanan eksklusif ini hanya dengan menunjukkan aplikasi semasa membuat pesanan atau bayaran:
- ChiChiCKY: Diskaun 10% untuk semua item dalam menu
- Juan Chinese Roti: Beli 3, Dapat 1 PERCUMA
- Samtai YAMCH’A: Diskaun 10% untuk jumlah bil (perbelanjaan minimum RM100)
- Pasta Panas: Nikmati Diskaun 15%
- Old Nanyang Coffee: Diskaun RM10 (perbelanjaan minimum RM50)
- Häagen-Dazs: PERCUMA 1 pint bungkusan tangan untuk setiap pembelian kek 1kg ke atas
✅ Tunjukkan sahaja aplikasi eCard anda semasa membuat bayaran untuk tebus promosi khas ini. Satu lagi sebab untuk nikmati hari keluar bersama anak-anak!
Nikmati Cuti Sekolah Anda di KL
Tiada keperluan untuk bercuti jauh – Kuala Lumpur sudah cukup untuk keseronokan, pembelajaran, dan masa berkualiti bersama keluarga semasa cuti sekolah ini. Lawati muzium, galakkan kreativiti, dan nikmati hidangan lazat bersama… sambil kumpul ganjaran dengan aplikasi BHPetrol eCard.
Jadikan cuti kali ini sebagai kenangan manis buat anak-anak – dan dompet anda!