Tiada masa yang lebih sesuai daripada Hari Ibu Bapa untuk meluangkan masa berkualiti bersama insan yang paling penting dalam hidup – ibu dan ayah kita. Kalau anda sedang mencari cara bermakna untuk meraikan mereka, apa kata rancang satu road trip nostalgik yang penuh dengan makanan sedap, pemandangan indah dan kenangan tak terlupakan?
Tak kira sama ada anda merancang percutian hujung minggu atau sekadar sehari jalan-jalan, jangan lupa isi minyak dengan bijak menggunakan aplikasi BHPetrol eCard – kumpul ePoints setiap kali isi minyak dan tebus ganjaran seperti makanan, barangan eksklusif, atau baucar beli-belah (lebih lanjut di bawah!).
Mari terokai destinasi road trip terbaik dekat KL yang sesuai untuk ibu bapa anda – dan jika anda tak dapat keluar, kami sertakan juga idea hadiah last-minute untuk diraikan dari rumah.
Destinasi Road Trip Terbaik Dekat Kuala Lumpur
Ipoh – Hunting Makanan Tempatan
Ipoh adalah destinasi klasik untuk road trip, lebih-lebih lagi kalau ibu bapa anda gemar makanan tempatan dan suasana bandar lama. Bawa mereka nikmati hidangan ikonik seperti nasi ayam tauge, kopi putih Ipoh, roti bakar kaya & tart telur – dan berjalan santai di lorong-lorong warisan bandar lama.
Cameron Highlands – Escape dari Panas Bandar
Cameron Highlands adalah destinasi sejuk yang menawarkan pemandangan ladang teh di BOH Tea Estate, lawatan ke ladang strawberi dan taman bunga – sesuai untuk ibu bapa yang sukakan suasana tenang dan udara segar.
💡 Tip: Pakai kasut yang selesa, kerana anda mungkin perlu berjalan naik bukit untuk sampai ke beberapa tarikan utama!
Melaka – Penuh Warisan & Sejarah
Untuk ibu bapa yang suka sejarah dan budaya, Melaka ialah destinasi yang ideal. Sebagai bandar yang tersenarai dalam UNESCO, ia menampilkan tempat menarik seperti A Famosa, muzium sejarah, dan makanan seperti masakan Nyonya, cendol dan laksa yang wajib cuba.
Port Dickson – Percutian Tepi Pantai
Kalau anda nak percutian mudah tapi menyegarkan, Port Dickson adalah pilihan tepat – hanya sejam dari KL! Nikmati suasana pantai di Pantai Cahaya Negeri atau berjalan santai sambil melihat matahari terbenam.
Sekinchan – Sawah Padi & Makanan Laut
Sekinchan ialah destinasi kampung yang damai untuk trip satu hari. Sawah padi keemasan sesuai untuk bergambar dan makanan laut tempatan seperti udang mentega memang tidak boleh dilepaskan. Jangan lupa singgah di pokok hajat dan nikmati suasana pekan kecil yang tenang.
Tip Tambahan: Kumpul Ganjaran Semasa Travel
💡 Jangan lupa isi minyak di stesen BHPetrol terdekat menggunakan aplikasi eCard! Anda boleh tebus ePoints untuk:
✅ Tawaran makanan
✅ Barangan eksklusif
✅ Baucar beli-belah
Rancang staycation? Jangan lupa semak promo eksklusif ahli apl BHPetrol eCard untuk staycation berhampiran KL. Jimat lebih sambil cipta kenangan indah!
Tak Dapat Travel? Ini Idea Hadiah Last-Minute untuk Hari Ibu Bapa
Kalau anda tak dapat bawa ibu bapa jalan-jalan sempena Hari Ibu atau Hari Bapa, jangan risau – berikut beberapa idea hadiah yang praktikal dan menyentuh hati:
Hadiah Kesihatan & Kesejahteraan
- Kinohimitsu: Berikan hadiah kesihatan dengan diskaun *RM20 dengan pembelian minimum RM80.
- JYNNS: Produk penjagaan kesihatan dengan diskaun *RM10 secara dalam kedai
*T&Cs Applied
Bunga & Hamper Hadiah
- Pods & Petals Giftlab: Diskaun *15% dan penghantaran bunga yang mudah
- Giffy & Co: Guna kod promo GIFFYBHP untuk diskaun *RM15 bagi pembelian minimum RM128
*T&Cs Applied
Idea Hadiah Tambahan
- Pengalaman Istimewa: Seperti sesi spa, kelas memasak, atau tiket ke konsert
- Hadiah Peribadi: Album gambar kenangan, barang kemas custom-made atau karya seni berbingkai.
- Kad Hadiah: Untuk restoran atau kedai kegemaran mereka
Apa jua cara anda raikan, yang penting ikhlas dari hati. Tak kira sama ada anda memandu bersama ibu bapa atau menghantar hadiah dari jauh, yang paling penting adalah menunjukkan kasih sayang dan penghargaan. Dan jika anda travel, maksimumkan penjimatan dengan aplikasi BHPetrol eCard – kerana setiap ganjaran menjadikan perjalanan lebih manis!
Selamat Hari Ibu Bapa – Semoga setiap detik bersama menjadi kenangan yang tak ternilai.