Blog

Jom Cari Makan dengan BHPetrol di Lembah Klang!

Salam semua! Sebagai rakyat Malaysia, kami amat memahami Malaysia sebagai destinasi impian para penggemar makanan tidak kira rakyat tempatan mahupun para pelancong.

Sudah semestinya pabila menjelang hujung minggu, ramai penggemar makanan akan merancang untuk menerokai lokasi tempat makan yang lebih jauh malah sehingga membuat lawatan sehari ke negeri-negeri berdekatan ala ‘jalan-jalan cari makan’ untuk merasai masakan tempatan yang lazat. 

Di Lembah Klang, terutamanya di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur mempunyai banyak restoran dan kafe yang menyajikan semua jenis masakan yang bukan sahaja berasal dari Malaysia, tetapi juga dari seluruh dunia.

Oh ya!! Jika anda bercadang untuk pergi melancong untuk menerokai semua yang ditawarkan di Lembah Klang, pastikan anda mendapatkan barangan keperluan anda di stesen BHPetrol! Dengan 400 stesen BHPetrol di seluruh negara, dapatkan mata dan tebus ganjaran hebat dengan eKad BHPetrol apabila anda mengisi minyak atau membeli-belah di BHPetromart. 

Lebih-lebih lagi, setiap stesen BHPetrol mempunyai tandas awam dan surau supaya anda boleh membuat persediaan untuk perjalanan anda ke mana sahaja anda pergi!

Tidak pasti di mana untuk memulakan perjalanan makan-makan anda? Berikut adalah 6 permata makanan tersembunyi untuk anda Cari Makan dengan BHPetrol di Lembah Klang untuk memuaskan selera anda!

 

📍 Stesen BHPetrol persinggahan terdekat:

BHPetrol Sungai Kayu Ara, Lot 13639 Jalan Kenanga Off Jalan, LDP, Kampung Sungai Kayu Ara, 47400 Petaling Jaya, Selangor.

 

1) Kanna Curry House

 

Kanna Curry House

Photo Credits: Kanna Curry House Facebook

 

Ditubuhkan pada 1976, Kanna Curry House merupakan perniagaan keluarga yang merangkumi tiga generasi dengan berpaksikan kepada satu matlamat iaitu menyediakan hidangan asli Daun Pisang dan pengalaman menjamu selera yang menyeronokkan kepada para pelanggannya.Hari ini, Kanna Curry House ialah menjadi salah satu pilihan restoran nasi daun pisang yang paling popular di Malaysia di mana ianya menyediakan hidangan yang segar, menyelerakan dan pastinya tidak dapat dilupakan!

Alamat: 29, Jalan 17/45, Seksyen 17, 46400 Petaling Jaya, Selangor

Nombor Untuk Di Hubungi: 03-7958 4814

Waktu Operasi: Setiap hari, 8am-8pm

Website | Facebook | Instagram

 

2) Restoran Sri Karak

 

Restaurant Sri Karak

Photo credits: Places and Foods

 

Restoran Sri Karak yang bermula di PJ New Town pada tahun 2013 ini menyajikan hidangan pastri yang  disajikan secara segar dan panas-panas dan ianya merupakan hidangan makanan Cina HALAL. Ketika ini, hidangan istimewa mereka tidak lain tidak bukan adalah Sang Har Mee, yang juga dikenali sebagai Mee Udang Sungai dan konsistensi rasanya senantiasa di puji oleh setiap para pelanggan mereka yang setia. Restoran ini juga telah dipaparkan dalam pelbagai media seperti TV, majalah, blog, akhbar dan banyak lagi.

Alamat: 17, Jalan 52/8, Bandar Baru Petaling Jaya, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Nombor Untuk Di Hubungi: 012-929 3240

Waktu Operasi: Setiap hari, Isnin – Sabtu: 10.30am-9.30pm; Sun: 10.30am-2.30pm, 5.30-9:30pm

Facebook | Instagram

 

3) Yap Kee Banana Leaf

 

Yap Kee Banana Leaf

Photo credits: Timeout

 

Tersembunyi di antara barisan kedai-kedai kolonial lain di sepanjang Jalan Besar terletak satu restoran kopitiam sederhana namun menarik yang pemiliknya Yap Kee, berusia 98 tahun menjual nasi daun pisang. Di sini, anda boleh menikmati hidangan daun pisang yang ringkas, terdiri daripada timbunan nasi, kari, sayur-sayuran dan protein pilihan anda seperti ikan, kambing dan ayam, ianya sangat lazat dan penuh dengan rasa!

Alamat: 26, Jalan Besar, Kawasan 1, 41000 Klang, Selangor

Nombor Untuk Di Hubungi: N/A

Waktu Operasi: Setiap hari, 11am-4.30pm

Unofficial Facebook

 

4) Syed Bistro Petaling Jaya

 

Syed Bistro Petaling Jaya

Photo credits: Syed Bistro Website

 

Diilhamkan pada awal 1900-an oleh pemiliknya iaitu En. Syed Kadir, Syed Bistro telah berkembang menjadi satu jenama restoran mamak, yang senantiasa penuh dengan pelanggan di seluruh Malaysia. Selain menghidangkan Briyani pilihan terbaik Malaysia, Syed Bistro juga terkenal dengan Nasi Kandar, tandoori dan gril serta hidangan lazat Malaysia yang lain.

Alamat: 13-15, Jalan Barat, Pjs 8, 46050 Petaling Jaya, Selangor

Nombor Untuk Di Hubungi: 012-793 3043

Waktu Operasi: Setiap hari, 7am-2am

Website | Facebook | Instagram

 

5) Zainul Nasi Kandar Original No 90

 

Zainul Nasi Kandar Original No 90

Photo credits: Zainul Nasi Kandar Facebook

 

Zainul Nasi Kandar merupakan salah satu restoran Nasi Kandar terbaik di Lembah Klang, dengan resipi aslinya, hidangan yang banyak namun pada harga yang berpatutan. Kuah kari lazat mereka di datangkan dalam perisa unik yang membuatkan anda teringat yang anda menikmatnya di gerai Nasi Kandar Pulau Pinang. Jika anda singgah ke Zainul Nasi Kandar, jangan lupa untuk memesan ayam goreng rangup — satu lagi menu yang mesti dicuba!

Alamat: Medan Selera Kompleks C, Lorong Sultan, Seksyen 52 Petaling Jaya, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Nombor Untuk Di Hubungi: 03-7956 2724

Waktu Operasi: Setiap hari, 8am-5pm

Website | Facebook 

 

6) Saha Coffee & Fruit Bar 

 

Saha Coffee Fruit Bar
Photo credits: Saha Coffee & Fruit Bar Facebook

 

Bingung dalam membuat keputusan untuk makan apa? Saha Coffee & Fruit Bar mempunyai segala-galanya yang boleh anda fikirkan, dengan pelbagai pilihan masakan daripada hidangan Asia tempatan hingga kegemaran Barat. Selain itu, mereka juga mempunyai menu istimewa yang disediakan untuk vegetarian.

Alamat: No. 4, Jalan Cendana 2, Taman Muhibbah, 42700 Banting, Selangor

Nombor Untuk Di Hubungi: 03-3181 3180

Waktu Operasi: Setiap hari, Wed-Mon: 8am-10pm; Tue: 8am-9pm

Facebook 

 

BHPetrol Michie and Shasha

💡 Nak tahu lebih lanjut? Ketahui cara Michie Lam dan Shasha Abedul merancang perjalanan makan-makan di sekitar Lembah Klang untuk Cari Makan dengan BHPetrol!

 

Jom Cari Makan dengan BHPetrol hari ini dan nikmati penjimatan hebat dengan eKad dan aplikasi eKad semasa anda melancong! Dengan setiap liter yang dibelanjakan di stesen servis BHPetrol, anda memperoleh 1ePoint yang boleh anda kumpulkan untuk menebus pelbagai hadiah melalui Ganjaran eCard BHPetrol dalam talian. Lebih banyak ePoint yang anda peroleh, lebih besar ganjarannya!

Adakah kamu tahu? Dengan menjadi pengguna applikasi eCard, anda juga boleh menyertai kempen eksklusif BHPetrol dan menikmati faedah ahli yang lebih besar:

  1. Kumpul ePoints Anda Serta-merta dengan aplikasi eCard
  • Mengumpul mata kini lebih mudah dan menjimatkan masa.
  • Peroleh 2X ePoints dengan setiap pembelian petrol dan diesel!
  1. Program Rujukan Untuk Mendapatkan Lebih Banyak ePoint!
  • Rujuk rakan dan dapatkan 100 ePoints (bersamaan dengan RM1) setiap satu apabila rakan anda membelanjakan terkumpul RM30 di stesen servis BHPetrol yang mengambil bahagian.
  • Program rujukan “Share More, Earn More!” terhad kepada jumlah 35,000 penebusan sahaja.
  1. Menangi Peralatan Istimewa Setiap Bulan!
  • Sertai peraduan “Win Special Gadget every month” dan berpeluang memenangi peralatan hebat ini dengan membelanjakan terkumpul RM30 di stesen BHPetrol yang mengambil bahagian!

*T&Cs apply.