Blog

Kekal Selamat di Perjalanan: 6 Nombor Hotline Lebuhraya Penting untuk Setiap Pemandu

Setiap kali anda memulakan perjalanan, sama ada untuk keseronokan, percutian, atau urusan penting, keselamatan harus sentiasa diutamakan. Bersedia untuk pelbagai kemungkinan di jalan raya, tidak kira jarak atau destinasi, adalah kunci untuk perjalanan yang selamat dan tenang.

 

Bagi memastikan perjalanan anda lancar dan selamat, kami telah senaraikan 6 nombor hotline lebuh raya penting yang perlu setiap pemandu simpan. Simpan nombor-nombor ini, kongsi dengan orang tersayang, dan pandu dengan tenang dan kekal selamat.

 

Hotline PLUS Highway

πŸ“ž 1-800-88-0000

Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) antara lebuh raya tersibuk di Malaysia, terutamanya ketika musim perayaan atau percutian. Jika berlaku kecemasan, kerosakan kereta, atau anda memerlukan bantuan, hubungi hotline PLUS.

  • Perkhidmatan: Laporan kemalangan, tunda, bantuan kecemasan.
  • Tip Berguna: Muat turun Aplikasi PLUS untuk maklumat trafik masa nyata, CCTV, dan lokasi hentian rehat bagi mengelakkan kesesakan.

 

Hotline LPT Highway (Lebuhraya Pantai Timur)

πŸ“ž 1-700-818-700
πŸ“ž Alternatif: 1-800-88-7752 (LLM)

Bagi yang pulang ke arah Timur, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) laluan utama.Β 

Ketika waktu puncak, trafik meningkat, terutamanya di kawasan Gombak Batu Caves (menuju Lebuhraya KL-Karak). Oleh itu, penting untuk mempunyai akses kepada bantuan kecemasan dan maklumat trafik.Β 

  • Perkhidmatan: Bantuan kerosakkan kereta, laporan kemalangan, pertanyaan tol.
  • Bersedia Sebelum Berangkat: Periksa keadaan kereta – pastikan tayar ganti, kabel jumper, dan kit kecemasan ada.
  • Pandai Merancang: Elakkan waktu puncak (10AM – 2 PM) untuk kurangkan kesesakan.

 

MEX Highway Hotline (Maju Expressway)

πŸ“ž 1300 88 0300
πŸ“ž Talian Bantuan: 03-83159111

Lebuhraya MEX menghubungkan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan KLIA. Simpan nombor ini untuk sebarang kecemasan.

  • Perkhidmatan: Bantuan kerosakkan kereta, laporan kemalangan.
  • Merancang Perjalanan: Gunakan kamera trafik seperti LLM dan Jalan Now untuk memantau keadaan trafik masa nyata, dan merancang laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan.Β 

 

LATAR Highway Hotline (Lebuhraya Kuala Lumpur – Kuala Selangor)

πŸ“ž 03-6145 1515

Bagi yang menuju ke Kuala Selangor, Lebuhraya LATAR adalah laluan terus yang kurang sesak berbanding jalan persekutuan.Β 

  • Perkhidmatan: Bantuan kecemasan, kerosakkan kereta, laporan kemalangan.
  • Rehat Sebentar: Gunakan tempat rehat untuk kekal segar dan berwaspada.

 

Hotline SKVE Highway (South Klang Valley Expressway – E26)

πŸ“ž 1-300-88-0026

Laluan alternatif ke Port Dickson dan Melaka, SKVE penting untuk yang melalui Lembah Klang.

 

ELITE Highway Hotline (E6)

πŸ“ž 1-800-88-0000

Laluan utama menghubungkan Lembah Klang ke utara dan selatan, ELITE Highway biasanya sesak ketika waktu puncak seperti musim percutian dan perayaan.Β 

  • Perkhidmatan: Bantuan kecemasan, laporan kemalangan, kerosakkan kereta.
  • Elak Sesak: Berangkat awal pagi atau lewat malam untuk mengelakkan trafik padat.

 

Manfaatkan Aplikasi BHPetrol eCard!

Sebelum memulakan perjalanan, singgahlah di BHPetrol untuk isi minyak dan berehat. Perjalanan jauh boleh meletihkan, jadi ambil masa untuk rehat, meregangkan badan, dan sediakan snek. Dengan Aplikasi BHPetrol eCard, perjalanan anda lebih berbaloi!Β 

Kumpul ePoint setiap kali isi minyak dan tebus untuk diskaun atau hadiah.

βœ… Cari stesen BHPetrol di laluan anda untuk isian minyak yang pantas.

βœ… Nikmati promosi eksklusif untuk snek dan minuman – sempurna untuk santapan sepanjang perjalanan.

 

Mari utamakan keselamatan dan persediaan sebelum perjalanan anda. Simpan nombor-nombor ini, kongsi dengan keluarga dan rakan, dan pastikan perjalanan anda lancar dan tenang. Di mana sahaja destinasi anda, pandu bertanggungjawab dan raikan Aidilfitri dengan penuh kegembiraan.

 

Selamat Berjalan!