Blog

Panduan Lengkap Cuci Kereta Secara Menyeluruh: Luaran dan Dalaman

Bayangkan anda memandu di lebuh raya dengan kereta yang lebih segar dan selesa – tingkap bersinar, tempat duduk yang bersih dan nyaman, serta bau yang menyenangkan. Awal tahun adalah masa terbaik untuk menyegarkan kembali kereta anda dengan nafas baharu. Pembersihan menyeluruh bukan sekadar untuk menjaga kebersihan, tetapi juga peluang untuk meningkatkan pengalaman pemanduan anda, memastikan keselamatan, dan malah mengekalkan nilai kenderaan anda.

 

Cari Pencucian Kereta Terdekat dalam Satu Klik

 

Jika anda mahukan kemudahan, stesen BHPetrol memudahkan pembersihan kereta anda! Dengan aplikasi BHPetrol eCard dan alat pencari stesen minyak, mencari stesen pam berhampiran dengan kemudahan pencucian kereta serta kemudahan lain seperti F&B segar untuk perjalanan anda, surau, dan banyak lagi boleh dicari dengan mudah dengan hanya beberapa klik sahaja.

Menjaga kebersihan dan penyelenggaraan kereta tidak perlu rumit. Sama ada anda sedang bersiap untuk acara istimewa atau hanya mahukan permulaan yang segar, panduan ini akan membantu anda mendapatkan kereta yang bersih dan rapi, dalaman dan luaran.

 

Mulakan dengan membilas kereta anda secara menyeluruh menggunakan semburan air yang kuat untuk membuang kotoran dan debu yang longgar. Ini membantu mengelakkan calar semasa proses cucian. Seterusnya, basuh luaran kereta menggunakan syampu kereta pH-neutral dan span microfiber yang lembut. Untuk roda dan tayar, gunakan pembersih roda khas dan berus untuk menghilangkan habuk brek serta kotoran jalan dengan berkesan. Kemudian, bilas kereta anda sekali lagi dan keringkan segera dengan tuala microfiber bersih untuk mengelakkan kesan air.

💡Tip Berguna: Dengan mengamalkan langkah kecil ini yang sering terlepas pandang, anda bukan sahaja memastikan sistem penghawa dingin kereta berfungsi dengan lebih cekap untuk jangka masa lebih panjang, tetapi juga menikmati pengalaman pemanduan yang lebih segar setiap kali.

Langkah 2: Bersihkan Cermin dan Cermin Sisi

Cermin yang jelas adalah penting untuk pemanduan yang selamat! Semburkan pembersih cermin tanpa kesan pada semua cermin dan cermin sisi, dari luar dan dalam. Gunakan kain mikrofiber bersih untuk mengelapnya. Jangan lupa untuk memberi perhatian lebih pada cermin depan kereta anda.

💡Tip Profesional: Gantikan bilah pengelap cermin yang sudah usang secara berkala untuk memastikan penglihatan yang jelas, terutamanya ketika cuaca hujan. 

Langkah 3: Segarkan Bahagian Dalam Kereta

Seterusnya, anda perlulah berikan perhatian yang sewajarnya pada tempat duduk kereta anda. Jika tempat duduk anda jenis fabrik, semburkan pembersih fabrik untuk menyingkirkan kotoran dan bau yang tersembunyi – sambil memastikan lapisan fabrik kekal dalam keadaan baik. Bagi tempat duduk kulit, gunakan pembersih kulit khusus untuk melembabkan dan melindungi kulit agar tahan lebih lama.

💡Tip Profesional: Tak pasti produk mana sesuai untuk kereta anda? Jangan risau! Terdapat beberapa stesen BHPetrol menyediakan ruang pencucian yang lengkap untuk sentuhan pembersihan dalam kereta secara pantas. Ini adalah pilihan yang bagus jika anda ingin menguruskan sebahagian pembersihan sendiri tetapi mahu menjimatkan masa dan tenaga. 

 

Langkah 4: Hilangkan Bau Yang Tidak Menyenangkan

Bau yang tidak menyenangkan boleh kekal lama dalam bahagian dalaman kereta. Untuk menghilangkannya, taburkan sedikit serbuk penaik (baking soda) pada karpet dan tempat duduk, biarkan selama 15 minit, kemudian vakum sehingga bersih. Anda juga boleh mendapatkan pewangi udara di runcit BHPetrol terdekat untuk aroma segar yang lebih tahan lama.

💡Tip Profesional: Jika bau yang kurang menyenangkan masih berlarutan, mungkin sudah tiba masanya untuk memeriksa sistem penghawa dingin kereta anda. Kulat dan bakteria boleh terkumpul dalam sistem AC, menyebabkan bau yang kurang menyenangkan. Anda boleh pertimbangkan untuk mendapatkan servis penghawa dingin profesional daripada penyedia yang dipercayai seperti Lim Tayar! Dengan lebih daripada 30 tahun pengalaman, mereka menawarkan pelbagai perkhidmatan penjagaan kereta. Sebelum membuat temu janji, jangan lupa semak aplikasi BHPetrol eCard untuk mendapatkan tawaran hebat! 

 

Langkah 5: Periksa Bahagian Enjin

Jangan abaikan bahagian enjin kereta anda! Buka bonet dan bersihkan sebarang daun, habuk, atau serpihan yang mungkin terkumpul. Periksa terminal bateri untuk tanda-tanda kakisan, dan bersihkan jika perlu.

Selain itu, pastikan takungan cecair pencuci cermin depan sentiasa penuh bagi mengelakkan sebarang masalah, terutamanya ketika hujan lebat, di mana penglihatan yang jelas sangat penting untuk keselamatan pemanduan.

Itulah langkah mudah untuk memastikan kereta anda sentiasa bersih dan terjaga! Menjaga kebersihan bukan sahaja meningkatkan penampilan kereta, tetapi juga membantu mengekalkan nilainya serta memberikan pengalaman pemanduan yang lebih selesa.

Dengan perkhidmatan mudah yang ditawarkan di stesen BHPetrol terpilih, anda boleh memastikan kereta anda berada dalam keadaan terbaik sepanjang tahun. Muat turun aplikasi BHPetrol eCard hari ini atau layari laman web kami untuk mencari stesen minyak berhampiran yang menawarkan perkhidmatan pencucian kereta! 

 

Biar BHPetrol membantu anda menjaga kereta yang bersih, berkilat, dan sentiasa sedia untuk setiap perjalanan!