Jika anda sudah memandu lebih daripada lima tahun, besar kemungkinan anda sudah mempunyai tabiat pemanduan yang baik – tetapi bilakah kali terakhir anda periksa keadaan tayar kereta anda?
Tayar adalah satu-satunya bahagian kenderaan yang bersentuhan terus dengan jalan raya. Selepas bertahun-tahun memandu, mudah untuk kita terlepas pandang kepentingannya. Hausan tayar, penjajaran yang tidak betul, dan pengabaian penjagaan adalah antara punca utama kecemasan di tepi jalan. Dengan perjalanan balik kampung, ulang-alik ke tempat kerja, dan pemanduan hujung minggu – tayar anda sebenarnya mengalami lebih banyak tekanan daripada yang anda sangka.
✅ Pro Tip: Sebelum memulakan perjalanan seterusnya, singgah sebentar di stesen BHPetrol – bukan sahaja untuk isi minyak, tetapi juga untuk periksa keadaan tayar secara visual sambil nikmati promosi eksklusif minuman dan snek melalui aplikasi BHPetrol eCard!
Semak Kedalaman Bunga Tayar
Tayar botak bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah sangat berbahaya. Bunga tayar membantu mengekalkan cengkaman, terutama di jalan basah.
- Had minimum sah di Malaysia: 1.6mm kedalaman bunga tayar. Namun, disarankan untuk tukar tayar apabila ia mencecah 2mm, dan pakar keselamatan selalunya mencadangkan minimum 3mm.
- Gunakan pengukur bunga tayar atau “ujian duit syiling 10 sen” – masukkan duit 10 sen dengan tulisan “BANK NEGARA MALAYSIA” menghadap ke bawah dan ke arah anda. Periksa di beberapa bahagian bunga tayar. Jika anda boleh nampak keseluruhan huruf, itu tandanya masa untuk tukar tayar.
Pastikan Tekanan Angin Tayar Mencukupi
Tayar yang kurang atau terlebih angin boleh menjejaskan kawalan pemanduan, menurunkan kecekapan bahan api, dan boleh menyebabkan letupan tayar.
- Periksa tekanan tayar sekurang-kurangnya sebulan sekali
- Rujuk buku panduan kenderaan atau pelekat di pintu pemandu untuk kadar PSI yang disyorkan
- Untuk bacaan paling tepat, periksa semasa tayar masih sejuk
➡️ Perlu isi angin? Kebanyakan stesen BHPetrol dilengkapi dengan pam angin percuma, jadi mudah untuk cari lokasi atau stesen BHPetrol terdekat dan pastikan tayar sentiasa dalam keadaan terbaik sambil kumpul ePoint semasa mengisi petrol!
Periksa Tayar Daripada Kerosakan
Selepas bertahun-tahun memandu di bandar dan lebuh raya, tayar boleh mengalami kerosakan yang sukar dilihat.
- Periksa dinding sisi tayar untuk sebarang retakan, potongan atau benjolan
- Lihat jika terdapat benda asing seperti paku atau batu yang melekat
- Jika ragu-ragu, minta pakar tayar untuk periksa
Jangan Lupakan Tayar Ganti
Tayar ganti tidak berguna jika ia kempis semasa diperlukan. Selepas 5 tahun atau lebih, ia selalunya tayar yang paling diabaikan.
- Periksa angin dan keadaan tayar ganti setiap beberapa bulan
- Pastikan alat pembuka tayar dan jack ada dan berfungsi
Pertimbangkan Penjajaran & Imbangan Tayar
Jika kereta anda menyimpang ke satu arah atau stereng bergetar pada kelajuan tinggi, itu mungkin tanda penjajaran tidak betul atau imbangan tayar terganggu.
- Buat penjajaran tayar setahun sekali, atau selepas terlanggar lubang besar atau pembahagi jalan
- Imbangan membantu tayar haus secara sekata dan memanjangkan jangka hayatnya
Tahu Bila Perlu Tukar Tayar
Walaupun bunga tayar masih kelihatan baik, getah tayar boleh rosak akibat usia.
- Kebanyakan pengeluar menyarankan tukar tayar setiap 6 tahun, tidak kira jarak perjalanan
- Periksa kod DOT pada tayar (empat nombor terakhir menunjukkan minggu dan tahun tayar dihasilkan)
Menuju Perjalanan Jauh? Selepas periksa tayar anda, singgah di stesen BHPetrol terdekat untuk:
✅Isi minyak dengan cepat dan pastikan kereta anda bergerak lancar
✅ Berehat di hentian yang bersih dan selesa
✅ Nikmati ganjaran eCard BHPetrol khas untuk minuman, snek dan banyak lagi!
Muat turun aplikasi BHPetrol eCard dan kumpul mata ganjaran setiap kali anda mengisi minyak – cara paling mudah untuk berjimat sambil kekal selamat di jalan raya.