Media Room

Stesen minyak BHPetrol berkonsepkan PCS (portable container system) pertama dibuka

26 APR 2021

SIARAN MEDIA

Stesen minyak BHPetrol pertama dibuka di kem tentera

Lumut, 26 April 2021 – Boustead Petroleum Marketing Sdn. Bhd kini semakin aktif meluaskan  rangkaian stesen minyaknya di seluruh Malaysia. Terbaru, sebuah stesen minyak BHPetrol berkonsepkan PCS (portable container system) telah dibuka secara rasmi oleh Menteri Kanan Pertahanan Malaysia, YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob pada Isnin, 26hb April 2021. Majlis ringkas tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd, YBhg. Lt. Jen, (B) Datuk Hj. Khairuddin bin Mat Yusof, dan Pengerusi PERNAMA YB Jeneral (B) Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Haji Abdul Aziz Haji Zainal.

Stesen minyak PCS yang terletak di dalam Kem Armada Mutiara, TLDM Lumut merupakan yang pertama disediakan oleh BHPetrol di dalam kawasan kem tentera. Diuruskan oleh pihak PERNAMA, ia dilengkapi dengan kemudahan pam mengisi minyak petrol Infiniti RON95 kepada komuniti tentera TLDM. Dengan adanya kolaborasi di antara pihak PERNAMA dan BHPetrol, ianya akan memudahkan lebih daripada 15,000 anggota TLDM dan keluarga mereka untuk mengisi minyak kenderaan dan tidak perlu keluar dari kawasan kem. Pada hari pelancaran, anggota tentera turut mendaftar sebagai ahli Program Kesetiaan eCard untuk mengumpul mata ganjaran dengan setiap pembelian di rangkaian stesen minyak BHPetrol. Antara yang menarik, setiap 950 mata ganjaran terkumpul, ahli boleh menebusnya dengan petrol bernilai RM10.

Sebagai sebuah syarikat tempatan Malaysia (GLIC) yang bernaung dibawah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Boustead Holding Berhad, BHPetrol kini terus aktif untuk mengukuh dan memperkembang rangkaiannya di seluruh negara. Terkini, terdapat 400 buah stesen minyak BHPetrol beroperasi di seluruh Semenanjung Malaysia. BHPetrol akan terus mengembangkan rangkaian stesen minyaknya untuk memberikan kemudahan yang lebih baik kepada para pelanggan.

-tamat-

Mengenai BHPetrol

Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd, yang lebih dikenali sebagai BHPetrol telah ditubuhkan pada 14 Februari 2006. Sejak penubuhannya, jenama BHPetrol telah berkembang kukuh dalam rangkaian runcitnya dengan 400 stesen minyak yang terletak di seluruh Semenanjung Malaysia. Stesen-stesen ini menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti kepada jutaan pelanggan setiap tahun.

BHPetrol komited untuk menyediakan yang terbaik kepada pelanggan; Oleh itu, BHPetrol telah membangunkan bahan api Infiniti dengan revolusi baru untuk menghasilkan prestasi bahan api maksimum dalam peningkatan kuasa dan penjimatan ekonomi bahan bakar. BHPetrol juga mengendalikan 300 kedai serbaneka BHPetromart dalam rangkaian stesen perkhidmatan runcit untuk memberikan pelbagai kemudahan kepada para pelanggan.

Selain daripada perniagaan stesen minyak, BHPetrol juga terlibat dalam pengedaran LPG kepada isi rumah dan premis perniagaan. Disamping itu, penggabungan dan pengedaran pelbagai jenis minyak pelincir, di bawah jenama Syngard yang terkenal, menambah dimensi lain kepada penglibatan BHPetrol dalam ekonomi Malaysia yang berkembang pesat.

Butiran lanjut mengenai aktiviti di atas boleh diakses di www.bhpetrol.com.my.

Siaran berita ini dikeluarkan oleh Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd.

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:
Pn. Rohaila Razali
Pengurus Jenama
rohaila.razali@bhpetrol.com.my
Tel: 03-78416666, 019-3814375

Looking for
something
else?

Looking for
something
else?