Media Room

Program Khidmat Masyarakat: Hari Bersama Pelanggan 2018

05 MAR 2018

Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) telah mengadakan Hari Bersama Pelanggan 2018 pada 3 Mac 2018 bertempat di Ibu Pejabat BHPetrol di Wilayah Johor bagi menghargai semua pelanggan yang memberi sokongan kepada pihak BHPetrol selama ini. Acara ini mendapat kerjasama dari 13 pengusaha stesen BHPetrol sekitar Johor Bahru.

Aktiviti yang dijalankan ialah pemberian cenderahati dan cabutan bertuah yang bernilai hampir RM70,000. Cabutan bertuah ini terbuka kepada semua pelanggan yang mengunjungi 13 stesen terlibat pada masa yang telah ditetapkan. Hadiah utama berupa sebuah motorsikal yang bernilai RM6,500 manakala bagi tempat kedua dan ketiga pula adalah sebuah Skuter Elektrik Harley yang bernilai RM2800 setiap satu. Selain itu, pelbagai hadiah lain turut diberikan kepada hampir 200 pemenang dan ini termasuk barangan elektrik, minyak hitam dan voucher.

Disamping itu, aktiviti menderma darah turut diadakan hasil kerjasama Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim Kulai.

Turut dimeriahkan juga pertandingan mewarna untuk kanak-kanak pada hari tersebut yang disertai sebanyak 13 sekolah disekitar Johor Bahru.

Johan bagi acara mewarna dimenangi oleh sekolah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Johor Jaya dan Naib Juara telah dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Sri Pulai Perdana. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Senai. Setiap pemenang menerima hadiah berupa RM1000, RM800 dan RM500 dan hasil itu disumbangkan kepada pihak sekolah; manakala RM300, Rm200 dan RM100 diterima oleh pelajar yang mengambil bahagian.

Pihak BHPetrol mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelanggan yang terlibat bagi mejayakan Program Hari Bersama Pelanggan 2018.

"KEPUASAN PELANGGAN ADALAH KEUTAMAAN KAMI"

Ditulis oleh En Ibrahim Mosar - Pengusaha Minyak stesyen BHPetrol Rosmerah

Looking for
something
else?

Looking for
something
else?