Media Room

Pelancaran Food Bank Satria di Universiti Pertahanan Malaysia

07 OCT 2019

Pada 4 Oktober 2019, telah berlangsung Majlis Pelancaran Program Food Bank Satria Universiti Pertahanan Nasional Malaysia yang dirasmikan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail di Dewan Bestari, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Sg Besi, Kuala Lumpur.

Seramai 200 orang pelajar yang layak menerima bantuan bagi pelaksanaan Program Food Bank Satria di UPNM dengan penglibatan penyumbang yang terdiri daripada Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol), 99 Speed Mart Sdn Bhd, Lulu Hypermarket & Department Store, The Lost Good Project, Food Aid Foundation, Sunway Berhad dan Legasi Z Sufi Marketing. Program ini menggunakan konsep Food Pantry yang digerakkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPNM.

Inisiatif Food Bank Siswa ini bertujuan bagi menyalurkan bantuan lebihan makanan kepada mahasiswa dan pada masa yang sama meringankan beban kos sara hidup di kalangan mahasiswa.

Looking for
something
else?

Looking for
something
else?